hai..hari yg ckup indah untuk aku. pagi2 lagi dah keluar dengan dayah tengok spiderman. plan awal ajak harith skali. tp dari subuh sampai la pkul 1015 dia tak menunjukkan tanda2 yg dia masih wujud dia alam nyata dan nak ikut kami tengok wayang, jadi aku dgn dayah pn bersepakatlah utk lupakan dia dan cari yg lain. maklumlah kumbang bukan seekor. maka kimi dgn 8org kawan2 beliaulah yg jadi kumbang kami yeay banyaknya kumbang! bestla jugak spiderman ni. haruslah kata best sbb hero hengsem. terasa kejebonan sbb langsung tak amik gambar disebabkan kealpaan padahal bukan slalu kuar ngan dayah. adalah 5taon sekali. sedeh tawu T.T
petang pulak aku dgn kaklong pi lepak2 umah kak ida. dah lama tak bgosip dgn cik siah dgn cik non kann. dan kat sana aku jumpak sorang budak kecik 2taon yg sgt comei nama dia aku lupa. tapi mula dari huruf W itu pasti. bangga woah sbb budak tu suka gila kat aku. kami main masak2, main baca buku, makan pn nak duk atas riba aku ja, sampailah aku salam cik siah nak balik dia pn salam skali sbb dia ckp nak ikut aku balik. wuwuuwuw sedeh la. terasa dihargai jap sbb adik2 aku kat umah slalu pinggirkan aku sbb depa ckp aku tak comel mcm kaklong. kunyit punya adik2. foine foine
dan menjelang malam kami pi makan seafood kat Tanjung Dawai untuk celebrate b'day kiyat dgn .....
adakah aku anak tunggal? kata ikmal didalam hatinya |
oke ke camni ? |
walaupun aku bongsu tapi muka haruslah gaya abang2 kawasan |
adakah ini yg kiyat yg sedang tersenyum kambing atau kambing yg menyerupai kiyat..? |
keluarga diatas mungkin nmpak bahagia. namun kebahagiaan ni tdak lengkap tanpa kehadiran si budak yg ingin dicelebrate bday nya. org itu tentulah abang. padahal abg ada kat USIM tak balik lagi pon. yeay sgt best celebrate bday org yg takda kat sini sbb makanan boleh dpt sorang banyak (abg sedut makanan mcm vakum sedut taik cicak kering) !! okey dah masuk perenggan ke3 dan ketahuilah bahawa aku baru habis intro. topik kali ni adalah abang. (AMARAN KERAS BAGI ORG YG MENGHIDAP SINDROM MALAS MEMBACA TAHAP MAKSIMA : ENTRY NI BERJUMLAH 3000++ PATAH PERKATAAN )
okei. topik kali ni adalah abang. harini 6/7 adalah bday abang. abang adalah orang yg paling aku rapat masa zaman kanak2 ribena dulu. dari aku baby lagi dia asyik nak kawan dgn aku. sikit2 nak tengok baby. sampai ummi terpaksa letak momok hitam (aku taktau org lain panggil apa benda tu) depan pintu bilik bagi dia tak masok kaco baby. okei apa perasaan hang ecan bila membahasakan diri sndri sbgai baby ^,^
masa kecik2 jugak abang slalu layan aku mcm princess. mungkin dgn harapan satu hari nnti dia boleh cita dkt dunia dgn penuh takbur yg dia lah abang misali. dia slalu suruh aku dok diam2 kat ruang tamu, dia pulak pi dapur buat air untuk aku yeay! apa perasaan hampa bila penat2 main bendang2 pastu ada org hidang air sejuk hohohooh. selain itu, dia juga suka bawak aku ronda2 keliling rumah naik keta sorong kepunyaan ayah. best gila ot masa tu. dia tolak laju2 pastu dia pon break mengejut dan tanpa tunggu sesaat pn mulut aku dah cium tar. yeay terima kasih abang.
dulu aku dgn abang geng. masa tu 3 beradik ja, so kami lah geng kuat kat rumah. side sebelah gi tak lain tak bukan adalah kaklong. disebabkan kaklong geng sorang2, kami pn meluangkan masa2 lapang dgn membuli kaklong. contohnya picit ikan kapi yg dia tangkap kat umah Nor'ain, ejek2 bila dia main mengandung2 dengan kazen2 kami (aku dgn abang main robot dgn perang2 ja) dan haruslah pastikan kami ejek sampai dia nangis, dan tanam tupperware yg dia simpan barang2 kesayangan dia. sampai skarang tak jumpak kot tupperware tu. pastu ayah tak bagi kami masuk rumah sampai malam. wuwuwuw sedeh gila ot.
dulu aku dgn abang jarang sgt2 gadoh. mcm mana nak gadoh lama2 kalo geng? hilang separuh kekuatan kot. slalunya abang la mai sua tangan dulu nak salam dgn aku sambil cakap ''jom kawan balik'' pastu aku pn acah2 mau tak mau. ego punya pasai. kuang kuang. sampailah kami mula terpisah bila masing2 makin besar, pastu maybe abang rasa mcm tak abang2la kawan dgn pompuan kan. foine la abang. dan aku pn tak la sewel sangat nak pi main dgn kawan2 abang yg semua laki. so aku kembali ke naluri asal iaitu main gegurl2 dgn kawan2 gegurl aku. contohnya main mekap2 pakai crayon yeay! mekap sebijik mcm maknyah thailand tawu.
dan dah lama aku tak jumpak abang. last masa raya haji taon lepas. mmglah sembang mcm abang dduk benua lain padahal N9 ja pn. tapi disebabkan kekangan masa, kami jarang jumpak. sampai dah lupa muka abang mcm mana. makin putih atau dah jadi pungkoq belanga. wkwkwk. lusa abang balik kot. semoga sampai dengan selamat. dan semoga abang berjaya dunia akhirat. semoga yg baik2 semua jadi kat abang and yg jahat2 jaoh2 dari abang. semoga panjang umo dengan umo yg penuh berkat. lupa plak nak cakap tadi. nama abang aku Muhammad Amirul Arif. (ejaan aku reka sndri)
kulit tanned abang lepas sun bath hahahahaahhah |
http://hunyieda.blogspot.com/2012/07/contest-like-post-win-rm600.html mari join sini..banyak hadiah menarikk..
ReplyDeleteteringat kat abang2 sy..huhu..
ReplyDeletebest nye memori ngan abg. momoy zaman kecik pun suka juga tanam benda. suka buat benda2 nakal. bela berudu sampai besar pastu simpan kat kelas sebelah. keh keh
ReplyDelete