>

Tuesday, 30 October 2012

entry budak sekolah (the trouble maker)

Assalamualaikum

(AMARAN KERAS BAGI SESIAPA YANG MENGALAMI SIMPTOM2 MALAS MEMBACA TAHAP MAKSIMA : ENTRI INI MENGANDUNGI LEBIH 2500 PATAH PERKATAAN. DILARANG BACA JIKA BERASA MALAS. DIKUHUATIRI ANDA AKAN MENYESAL)

Baran tu tak bagus tau dak? Sangat333 tak bagus. Dulu aku tak penah sedaq betapa seriousnya tahap ketidakbagusan baran tu. Bagi aku, alaa standard aa baran. Semua orang ada baran. Aku bukan patung orang boleh buat sesuka hati dan aku kena sabaq ja. Tapi tu dulu. Sekarang, seriyes, sekarang aku dah betul2 sedar yang baran tu jangan dilayan, kena buang no matter what. Aku dah berjaya control sedikit sebanyak alhamdulillah.

Aku dulu2 tak la baik sangat. Aku dahla jenis baran, pastu dendam. Aku simpan selagi boleh simpan, dan bila terlepas apa pun tak boleh nak kata. Aah kenapa intro aku mcm ni. Brr~ pspkldpafl;k

Oke oke,

sumber dari akak gugirl
Kalau hampa tengok benda ni, apa yang masuk dalam kepala otak hampa? Maybe just setakat pemadam api ja kan, or setakat benda yang menghias dinding2 sekolah dan kolej saban hari. Tapi tidak bagi aku. Benda ni dah merubah zaman sekolah aku. Daripada caca marba sampai jadi hancur. Punoh wei punoh! Memangla bukan salah natang ni pun. Dia bernyawa pun tak. Salah baran aku la. Ini entry siryes oke, sila percaya. Jum adik2 dengar kak ecan bercerita.

Dulu aku punya disiplin nak kata dahsyat tu tak la sangat. Sangaatt ~ *tangan kipas2 muka* Kalau ikut dari sudut agama tu, memang ada certain peraturan sekolah yang aku langgar tu bukannya berdosa pun. Tapi disebabkan aku langgar, aku dikira mcm susahkan orang lain la plak kan? Susahkan orang lain (pengawas,warden) kira berdosa la kan? Hmm..dalam tak sedar banyak gila dosa aku dengan manusia. Ampun semua. L

Antara kenangan dulu dulu:

1)      Bawak henpon
Aku start ni dari form2. Tapi alhamduillah tak penah kena rampas langsung sepanjang 4 taon dok bawak padahai kadang2 aku simpan bawah bantai ja haha. Muka habih inoseng ka gena aku pun taktau kenapa prefect tak amik fon aku. Alasan aku bawak? Mestila sebab senang nak contact orang. Tapi kadang2 tak guna sangat pun. Dia rasa panaih pungkoq kalau tinggai fon kat rumah awat taktau. Paling best buat kalut time ada spotcek. Buat kalut cukup best. Simpan henpon merata. Paling mudah aku boh ja dalam plastic then masuk tong sampah. Sapa nak cek tong sampah kan? or aku bbuh dalam plastic then masuk dalam bekas sabun basuh baju. Kalau ada yang gagah nak pi cek bekas sabun dalam toilet tu aku taktau nak kata apa la.. gigih sungguh.

2)      Ponteng prep
Yang ni aku tak ingat start dari bila aku buat. Ada penah masa form3 aku balik skolah letih gila so aku tidoq atas lantai dorm Jaya. (btw, rindu Joyo poyo sangat2 wuwuuu) Pastu aku mcm dengar sayup2 suara orang jerkah jerkah. Tapi letih gila kot, aku pun layan ja tidoq. Tetiba rasa piappp betul betul paha aku. Time tu aku tidoq meniarap atas lantai. Memang sodapp..bukak mata aku nampak kaki orang depan aku yang pakai kain batik. Haha. Cikgu Surhaya. Sadis. Gua kena tibai weii. Haha tegelak bila teringat balik. Pastu kena hambat pi kelas, aku turun bawah buat2 macam pi padahal aku dok belakang bangunan. Malas gila kot petang2 nak pi kelas. Tak boleh ka waktu prep boleh pi bersukan kat padang ka pa best la sikit. -,-'

Ada gak masa form5 kantoi dengan cikgu Zaki. Pastu kena beratoq berderet dengan rumet rumet tersayang aku yang semunya ponteng jugak haha. Kena ketuk ketampi. Haish. Tu sebab aku nyenyak sangat tidoq. Selalunya kalau aku dengaq suara suara tengah cek orang takpi prep laju ja aku masuk locker. Duduk senyap dalam tu sambil bukak skit pintu buat udara masuk then makan rokok panjang tu apa benda ntah nama. Wafer stick tuuu la. Aku sanggup buat mcm tu sebab aku betul betul TAK SUKA PI PREP PETANG. I'm dead serious okay. Prep petang memang sangat pffttrbrrbbrbrjhaguywgjh like aku lagi rela kena training hurdle tengah2 panas kat padang daripada kena pi kelas walaupun ada kipas selesa semua. Plus locker kami memang boleh kata besaq. Selesa ja duduk dalam tu. Penah aku tetidoq dalam tu dok tunggu pengawas mai cek. lol

3)      Ponteng kelas
Yang ni aku jarang jarang buat. Lagipun budak asrama, nak ponteng pun pi mana sangat. Tapi penah la jugak aku blah dari kelas sebab boring gila tunggu cikgu tak masuk pun. Then aku pi main hujan kat padang dengan Fithrah. Main hujan sampai basah lencun baju sekolah. Pastu lari nak nyorok pastu kantoi dengan Tecer Hendon beliau geleng pala ja taktau nak kata pa dah kot, pastu nyaris gila gila kantoi dengan Cikgu Surhaya haha. Yang tu memang mini heart attack moment punya la. Dok tejengket2 belakang kelas pastu Cikgu Surhaya lalu nasib baik beliau tak kalih ja kalau kalih memang mampoih toksah kata. Kami dah tekaku tenganga masa nampak beliau. Pastu sementara tunggu waktu skolah habis pi lepak kat tangga pastu budak2 form4 usha panaih weh weh hang ingat g dak semua ni fit? haha. aku tengah senyum sorang2 sambil type ni rindu rinduuu semuaa. Dah habis waktu kelas kita lari balik hostel, pastu lari dari makgad. Aku balik terus tidoq dengan baju sekolah dok lencun lagi. Bangun tidoq rasa nak demam dengan tak lunch. 

4)      Tak buat keja sekolah
Pikir2 pikir balik, penah ka aku buat keja sekolah sendiri? Erm..mungkin pernah..tapi jarang..sangat2 jarang..adala sepanjang 5taon kat situ aku boleh bagi 15% ja keja sekolah yang aku buat sendiri, guna palotak sendri. Yang lain semua tiru. Sampai kalau nampak aku pegang buku pelajaran orang akan macam wow *speechless*. Paling bosan masa form1. Aku cukup sakit hati tengok orang hadap buku sebab takda orang nak sembang dengan aku. Aku selalu tidoq ja or baca Harry Potter (yang memang aku dah hadam berapa kali dah tahap ingat semua mantera lol) and berangan, or pi merayau2 cari kegembiraan. Aku start serious belajaq masa form3 lepas aku sakit hati kat sapa tah so aku nak berjaya dari dia dalam PMR so aku usaha and i made it. Alhamdulillah result PMR okay tapi masuk masuk form4 aku jadi merapu balik. No wonder la dah niat pun masa PMR sebab nak lawan orang, bukan betul2 nak menuntut ilmu. Pastu masa form4 orang kata pure science susah gilaaaaa aku pun awal2 lagi dah down macam apa. 

5)      Last but not least….the fire extinguisher…
Yang ni yang paling pfft aku penah buat. Dan yang betul2 hancur kan form5 aku. Yang lain2 tu bagi aku kesalahan kecik2 ja, yang ni memang benaran pfft Baran aku la yang lead kepada benda ni. Aku panas hati dengan pengawas dah lama dah, dari form3 kot. Punca tu macam2 la tak perlu aku cakap semua kat sini. Then malam tu kemuncak kesabaran aku yang sememangnya tak berapa nak sabar ni, meletup. Aku macam orang gila time tu pi cari lighter. Tau kenapa? Aku nak bakar asrama. Haha. Oke sekarang aku gelak sambil tulis ni, tapi aku bersyukur sangat2 aku tak jumpak lighter (kat asrama pompuan mana nak cari lighter oii). Bersyukur aku tak jumpak sebab time tu aku mcm da tak waras. Aku nekad gila kot. Cari tak jumpak jumpak, tetiba aku ternampak fire extinguisher. Hah. Sedap.

Malam tu orang pi surau aku mula buat keja mental. Aku angkat benda alah tu masuk dalam bilik pengawas yang sememangnya tak berkunci. Aku tak bukak lampu sebab takot kantoi. Bapak berat tak payah cakap laa. Tapi sebab aku ni Toretto dan aku tengah gila so semuanya jadi. Then aku semboq lah. Ramai tanya mcm mana hang reti guna benda alah tu? Eish hampa ni tak belajaq KH ka pa? huahua. Disebabkan time aku semboq tu aku tak bukak lampu so aku taktau banyak mana aku guna. Aku expect sikit jela sebab aku picit 3 kali ja kot. Habis sembur aku keluaq dengan muka tak bersalah.

Pastu budak budak lain (geng 14) nampak aku angkat tong tu depa dah gelabah tanya hang buatpa weh. Ada yang nak nangis dok pikiaq bala apa lagi nak kena kat depa nanti pastu depa cek bilik yang aku semboq semua muka terkejut gila nak mampos. Aku pun pi tengok kenapa tekejut sangat pastu aku lagi tekejut. Bilik tu macam baru turun salji ja. Seriously. Dengan tekejut tekejut tu dengan rasa bersalah nak mati. Aku nak lap tapi macam impossible sempat clear semua tanpa tinggal kesan. Aku blur. Apa aku dah buat ni...kenapa aku ikutkan sangat baran aku.

Sepanjang prep memang aku rasa bersalah teramat amat. Siap aku dok sembang dengan cikgu Shatri. Aku dok pikiaq dalam berapa jam ja lagi maybe aku akan jumpak lagi cikgu tapi time tu cikgu dah takkan cakap mesra mesra camni dah. Entah entah time tu cikgu tahap nak bunuh aku. Mati. Aku dok pikiaq nak balik cuci. Tapi memang tak mungkin. So aku diam kaku taktau nak buatpa. Bersalah. Aku sangat3333 rasa bersalah. Aku cuba sedapkan hati, aku kata depa deserve semua tu tapi takleh. Hati tak sedap2 gak sebab aku sedaq apa pun yang depa buat, tak adil mana pun depa, tak tolak ansur mana pun depa, aku tak patut buat camtu. Apa dapat aku buat macam tu? Dipendekkan cerita, malam tu jugak semua orang kat block tu kena turun bawah, kena ngaku sapa yang buat. Mula2 sumpah aku tak ngaku. Tapi sorang demi sorang kawan kawan aku kena panggil padahal yang buat tu aku sorang. 

Suruh ngaku, takda sapa ngaku. Aku ni ketaq gila nak ngaku sebab tak penah aku tengok warden mengamok macam tu. Tak penah. Serious tak penah. Aku pun tak penah kus semangat sampai camtu. Nak bukak mulut nak ngaku, tutup mulut balik. SERIOUSLY AKU TAK PENAH SETAKUT TU. Hilang suara. Aku bisik kat Sharod dok sebelah aku. "Sharod, kalau hang yg buat hang nak pi dak?" Sharod kata aku pi. Aku diam lagi. Lutut lembik. "Sharod, sebenaqnya aku yang buat". Sharod kata "Aku tau". Dia pegang tangan aku, dia kata "Takpa aih, hang pi ja". Pastu kawan2 aku lagi kena panggil. Sorang sorang sorang sorang demi sorang. Aku pulak tak kena panggil. Maybe warden tak syak aku kot. Sampai tahap kawan kawan aku macam dah nak kena belasah pun ada aku tengok. Last last aku angkat tangan, langkah ke depan. "Saya." Semua warden tengok aku. "Saya yang buat". Cikgu Zaki tediam dari dok jerkah sapa ntah time tu.

Dipendekkan lagi cerita, pagi esok kena lagi depan perhimpunan. Kena apa tak payah ulang satu2 lah kot. Memang cikgu2 mengamok habis. "Bapak hang bomba kaa?!!!" Atediaa. haha. Yang tu tobat aku tahan gelak. Pastu suruh aku buat demo angkat fire extinguisher pulak sebab tak caya aku buat sorang2. Memang aku angkat ah. Katang kot hahaghahahaha. Tu first record dalam skolah tu.

Aku boleh blah bila cikgu tengking2 aku. Tapi aku tak kebal aa bila cikgu cikgu slow talk dengan aku. Ustaz Bad, ustaz yang aku suka dok cari pasal since form1, cakap dengan nada teramat33 lembut "Esan, kenapa esan buat macam tu? marah kat sapa sampai macam tu.." Huwaaaaa ustaaazz kenapa cakap baik baik kenapa tak tengking ja sayaaaa. Terus nanges hahahahahahahah. Cikgu Wan, Cikgu Fatimah, Tecer Shima semua cakap lembut gila aku tahan ayaq mata nak keluaq. Kalini aku takkan nangis dah cukup malu kat ustat Bad. Tak abang abang aa nanges wei haha. Aku pun cerita la kat kat Cikgu Wan, Cikgu Timah & Tcer Shima. Pastu Cikgu Wan kata,

"Orang memang akan sakitkan kita. Macam macam jenis lagi yang kamu akan jumpak bila keluaq dari skolah ni. Cuba kalau masuk kolej or uni nanti, ada orang copy assignment kamu nanti dan kata tu dia punya, padahal assignment tu kamu dah buat berhari hari tak tidoq, kamu nak buatpa? Kamu nak bunuh dia? Tak boleh. Kamu yang akan kena balik nanti. Kita tak boleh ikutkan marah. Orang akan buat macam macam kat kita. Kita kena sabaq no matter what"

Cikgu Fatimah pulak tanya aku, kenapa buat macam tu. Cikgu kenal esan. Dulu esan tak macam ni. Kalau ada apa apa nak cerita, mai habaq kat cikgu. 

Ya, Allah. Sambil tulis balik ni aku rasa nak pi peluk cikgu2 ni semua. Rindu cikgu cikgu. Rinduu. Teramat. Nak nanges pulak rasa. Eheh. Dan sekarang aku tengah sambung belajaq, inshaallah bakal habis diploma tak lama g. Alhamdulilllah masih ada peluang sambung belajar. Alhamdulillah masih ada peluang nak berubah. Alhamdulillah masih ada peluang nak bersihkan nama aku lepas macam2 yang jadi kat sekolah yang buat aku dilabel sebagai budak masalah. Aku bukan budak masalah! Aku just terlalu ikutkan darah muda. Tau nak merapu seronok2 ja. Tapi seriously, bila teringat balik boleh buat aku gelak sorang sorang gak sambil iron baju. Banyak modal nak cerita kat cucu nanti haha.  

Banyak kenangan manis pahit masam masin pedas zaman sekolah. Allah dah tentukan macam ni kisah hidup aku. Semua manis, sakit, pedih, malu ni ada harga. Pengalaman ni semua macam cikgu cikgu yang diupah untuk ajaq aku. Jangan biaq terlepas sia sia macam tu ja. Amik pengajaran...dan aku mintak maaf kepada semua orang yang pernah aku sakiti. Aku mintak maaf sangat2. Tolong maafkan aku yang hina ni. 





13 comments:

  1. yang bawak henfon time form 2 tu aku join sekaki. haha :D Teringat wehh.

    ReplyDelete
  2. Zaman remaja memang berdarah panas. Dia sahaja betul tetapi apabila meningkat dewasa mula matang dan berfikir dahulu sebelum melakukan. Setiap orang punya zaman silam hitam tetapi tidak bermaksud akan terperangkap didalam lubuk hitam selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. was there at the fire extinguisher incident. balik dari surau sat time tu. balik bilik depa bagitau pasai plan hg tu..tp akupun rasa aku tamatkan zaman sekolah dgn tidak begitu osem.sebab masa form 5 tu agak lost n malas belajar.result pun sederhana saja.tak capai target.huhu. what past is past.we only can change the future.

    ReplyDelete
  4. fuhh..mmg nakal la buat salj iterus dlm bilik. hahaha. lawak
    berguling momoy baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kenangan semua tu. tapi taktau nak kata kenangan manis or pahit. huhuhuau

      Delete
  5. tatau kenapa nanges gler baca entry ecan y nie..sayang ecan sangat..may Allah bless you..always and always.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa ni? :( terharunyaa syg aku :'( syg hang jugak walaupun taktau sapa :( huhu

      Delete
  6. Ecan ecan. aku pun dulu, suka buat2 sakit. yadeieiei

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha macam2 akai weh. takmau seribu dalih kan. dok sihat elok2 tetiba cam tenat dah

      Delete
  7. saya tabik gila kat kak ehsan sebab berani wat camtu... saya dulu pon rasa mcm tak tahan gak, tp just brani cakap ja.. tindakan tu mmg salah tp rsa mcm hebat ja kalau dpt buat scene fire extinguisher tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. mmg ada ja pagi esok tu jumpak tepi jalan depa angkat tabik bila jumpak haha. tapi tak bagus la..tak baik..jgn dok tiru pulak

      Delete
  8. Terkedu bila baca yang fire extinguisher tu haha hebat okay.

    ReplyDelete