>

Thursday, 8 November 2012

kelam

baca al-quran. 3 muka = 20mins. baca saja, bukan faham maksud pun. gagap. teramat. dah berapa lama tinggal..? hati dah gelap. parah. jiwa aku sakit.

dulu kalau tertinggal subuh, rasa bersalah teramat. tambah-tambah lagi kalau dah jaga lepas tu tertidur balik. menyesal sangat2. rasa berdosa. tapi sekarang....

beza.
terlalu..

tau kalau buat macam tu salah, sedar kalau buat macam ni berdosa. tapi rasa bersalah tu dah hilang. hilang. ya, hilang. cuma akal yang masih boleh beza yang tu dosa dan yang ni pahala, kat hati dah tak rasa apa2. tak rasa bersalah. mungkin kadang2 ada rasa, tapi pang pang tepis tepis dan lupakan. 

Allah.

bila tertekan mula meracau tak tentu hala. mengamuk macam orang sakit jiwa. mulut lancang macam tak reti beza dosa pahala. parah..

jiwa aku sakit. tenat. mohon CPR.



*klik pada gambar untuk tumbesaran yang unggul



doa lembut hati

p/s : kepada sesiapa yang mencari henfon tahan lasak (selain drpd 3310) dengan besar hati aku suggest Samsung Champ. 4x baling sekuat hati kat lantai dengan jarak dekat satu habuk tak rosak lagi. diulangi, baling sekuat hati. *susulan daripada jiwa yang sakit, mula menyakitkan orang lain termasuklah henfon yang tak berdosa







2 comments:

  1. Masya-Allah, susahnye nak komen... Peringatan yang simple dan membantu... terima kasih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke susah??..huhu taktau.. sama2 :)

      Delete