>

Thursday, 28 February 2013

5 alasan kenapa aku curang

assalamualaikum

pukul 3.10pm tadi terasmilah ikatan baru aku dengan bang meksis. sebak jugak rasa bila terkenangkan bang piwan pojie yang dah aku tinggalkan. tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk move on. buatpa kenangkan benda yang dah tak berguna. untuk apa ??!

kenapa aku senekad ni ? 
kenapa begitu mudah aku buang rasa ke-chentaan terhadap bang piwan ?

semuanya tak semudah yang disangkakan. masakan aku terus lupakan semuanya ? masakan aku begitu tega?

tidaaaakkk. tidak sama sekali. semuanya terhasil lepas aku dah pikir sampai hangus urat urat kentut.  lepas dah lebih 1 sem hubungan kami sangat hambar. seriyes. kali ni aku betul2 nekad. sebab aku rasa alasan alasan aku dah sangat kukuh

kenapa ecan, kenapa?

1. bang meksis ni 4gb, bang piwan pulak 3gb ja. selalu mengundang aku untuk menopap quota kalau masuk hujung2 bulan. 

2. setiap bulan kena bayar upah bang meksis rm48, manakala bang piwan rm39. lebih rm9 utk satu gb. kalau dulu bang piwan aku nak topap quota, rm10 untuk 1gb. so dah boleh jimat singget. 

3. modem bang meksis ni aku dapat freeeee. hehehe. siapa tak suka benda free? pelislah.

4. bang piwan takda line lagi kat rumah aku. so, tiap2 kali cuti sem memang aku bayar rm78 bodo gitu ja. dan setiap kali tu jugaklah bibir aku basah angkara menyebut pffffttt sepanjang hari. bengang gila kot! nak deactive kena bagi modem balik. kalau bagi modem, then nak guna balik bila bukak sem means kena beli baru la. rm100 pulak habis utk modem saja. memang takla cita dia. so aku pun dengan akur bayar rm78 setiap cuti sem. 

nak compare dengan bang meksis pulak, memang dah terjamin line kat rumah ada. sebab abang aku pun guna bang meksis gak *omgg abang aku gayyyy ?*

5. sebab paling utama adalah line kat bilik ni lemmmbabbbb kalah otak aku time belajar grammar. sampaikan aku kena duduk hujung katil sambil letak lappy atas lutut, or kadang2 angkat lappy tu (online sambil berdiri) angkara line yang memang durjana. dah lama aku tak rasa nikmat mengonline sambil baring baring di atas tilam yang empuk atau lepak lepak atas kerusi sambil cicah kopi. seriyes renduuuu.

semua tu aku last rasa masa awal awal kami kenal, iaitu masa aku sem2. masuk sem3, bilik berubah, hati dia pun berubah. aku kecewa gila kot. tapi takpalah. people change. same goes to bang piwan. aku redha...

so atas sebab sebab yang aku nyatakan kat atas, aku dengan ini rasmi putus hubungan dengan bang piwan. aku dah give up. aku dah terlalu fed up. aku dah terima hakikat. we're done. byebye bang piwan pojie *lambailambai*

2 comments:

  1. Terbaik lah ! Ingat curang apanya td. sy guna broadband ja. tu pun bila line cam badak, rasa mcm nak tikam duit tukar ambik yang 100 ke atas GB. uhuhu

    ReplyDelete