>

Friday, 22 February 2013

iheartit

WARNING : KALAU TAK PI SEMAYANG LAGI, PI DULU. LEPAS SEMAYANG BARU SAMBUNG BACA. NI ENTRY SUMPAH LAGHA. 

assalamualaikum.

harini aku nak share pasal satu website yang aku baru sign in kemarin kemarin dulu dan aku explore dan aku dah jatuh cinta! oh my gucci! 


aku kenal we heart it ni dari tiwa. aku selalu tengok dia dapat gambar2 cantik dengan words yang best best untuk entry dalam blog dia. dan aku jenoh gugel merata tetap tak puas hati mana pun dengan gambar2 aku dapat. dan kini baru aku tau rahsia ke-ohsem-an gambar gambar dia. hohohohohioho *usap usap janggut* 

kenapa aku suka we heart it ?

kenapa aku suka padahal website ni cam suam suam kuku ja. bukan menarik sangat pun ekceli. we heart it ni bukanlah sejenis laman sosial yang kita boleh sembang2 dengan orang lain, gosip2 bagai. 

we heart it adalah laman perkongsian gambar-gambar ohsem. semua dalam ni adalah gambar semata-mata, takda boleh komen2 mcm instagram. kita just boleh heart (like) gambar yang kita suka, dan otometikeli gambar tu masuk dalam set (wall) kita. kita boleh search images dari kategori mana yang kita suka (macam gugel image jugaklaa) tapi bezanya dengan gugel adalah gambar dalam ni semua cantik cantik belaka.

pastu, gambar yang masuk dalam set (wall) kita, kita boleh bahagi mengikut kategori yang kita suka. macam album la, tapi dia panggil set. ada la jugak button nak follow orang, so that bila orang yang kita follow tu heart mana2 gambar, kita boleh tengok. mana tau mungkin gambar yang dia heart tu cantik, kita boleh heart sama, so kita pun ada gambar tu. paham tak aku cakap apa ni? macam serabai ja rasa -,,-'

ni contoh set set aku. ~,~


bayangkanlah ada benda benda macam ni.. katil macam tuu.. minum petang kat meja macam tu.. semua benda tema kaler pink dengan putih...semua benda benda tu. ~,~


pastu pakai dress comey comeyu bajet ayu naik vespa merah or putih macam tu ronda ronda keliling tempat yang ada bangunan lama lama macam tu..ada bunga bunga kat tingkap ~,~

 bayangkanlah duduk celah celah bunga macam ni sambil menari nari ~,~ pastu ada kucing meow meow sekali..

do you feel my heart beating, do you understand ?

menari dengan jejaka di bawah ini ~,~

sambil makan cupcakes yang comel ~,~ inikah yang dinamakan cinta ?


like seriyesliii taste aku macam ni ??!
heeeeeeeheeeheeee ~..~

sila muntah darah hitam sekarang.

aura kegedikan yang selama ni aku sembunyikan di sebalik kehenseman dan kekatangan aku dah hancur terburai. benda first aku search lepas sign in adalah 'princess' kahkahkahlkah. kedua adalah 'hello kitty' kahkahkah lagi. kendian aku search 'flowers' dan lain lain lagi. kahkahkahkah. 

bersilau mata aku tengok semua benda kechentaan dalam gambar2 tu. bukak tu comey, yang ni comey, yang tu cantik, yang ni cantik gilos! rasa nak kelupoq kelupoq depan lappy tengok segala benda lagha ni. why so cantik haa...? disebabkan tak mampu nak dapat semua tu, (atas faktor tak cukup duit nak beli semua tu dan tak cukup seksi nak jadi awek james bond wkwkwk) boleh simpan gambar pun jadi lah. tsk tsk *lap hingus*

aku rasa we heart it kena bagi aku komisen barang seposeng dua sebab promote dia punya website mihmihmih. kbye


4 comments:

  1. Oh. Sy layan Tumblr saja :)

    hihi. Tkpa, nanti nak try la pulak yang ni

    ReplyDelete
  2. semoga awk dpt apa yg awk nk..ok..

    ReplyDelete
  3. bukan takat muntah.. pintam terus pengsan.. haha. kidding. shud try sign in juga ni.. nak search "bridetobe" haha.

    p dot s: jemput lah ke blog musyuk musyuk sara,
    Hernyzar Helmizan. hehe.

    ReplyDelete