>

Monday, 10 June 2013

Bukit Merah Part 1


assalamualaikum

Cuti sekolah haritu ayah sudi melupakan seketika urusan kerjawi beliau dan membawa kami satu family (tolak 2 orang yang paling atas) pi bercuti. Ni pun sambil2 ambik kesempatan sebab Kimi kena check up kat Hosp Selayang. So alang alang tu kami pun balikla Pahang melawat tok and family kat sana. Sehari ja pun k! =3

Dahla otw balik kampung tu tayar pecah gara gara besi (panjang dari hujung jari tengah sampai pergelangan tangan aku) yang tercucuk kat tayar. So perjalanan dah lewat hampir 3 jam kat situ sebab cari kedai tayar keliling Penang. -,-' 

Dok semalam rumah tok, esok tu dah btolak ke KL. Pagi esok tu Kimi check up, habis tu dalam pkul 1 terus btolak balik. Eh, dah nak balik?

Dak dak.. kami singgah pulak Bukit Merah. Ni kali kedua kami ke sini, untuk adik adik 3 dari bawah, tu first time depa kat sana la. Kami yang lain dah penah sampai 13 taon lepas. Punyala lama sampai dah lupa macam mana rupa Bukit Merah Laketown Resort. Eh Bukit Merah tu apa eh? Lupa dah. Kbai

Aku dengan baju pilihan bang Met. Merah baq hanggg!

Lepas check in yeayyy eksaited hotel ada cermin panjang sampai kaki so tanpa buang sedetik waktu pun terus berkoya depan cermin. (Berkoya tu macam syok sendiri kot tak salah aku.) Lepas tu rehat2 online tidoq. K bercuti apa niiii ? Hihi. Ilek lu lek lu. 

*Maafkan kualiti gambar yang sgt durjana. Maklumla kamera henpon 1.3MP tsskk tskk*

Keesokan harinya....

Ni si budak auliya dengan rambut Rihannanya. Walaupun eksaitedddd GILA nak mandi manda muka haruslah maintain cool.

Ni budak budak yang cuba mengontrol keeksaitedan mereka, namun terpancar juga sedikit.

Adakah ini kiyat yang sedang ber-mermaid dance?

Ni budak kiyat dengan budak ikmal.

Last mai dulu belon ni kaler biru belang merah kalau tak salah aku. Apa salah dia sampai kaler pun bertukar? Terus tak ceria. Kat area ni tiga2 budak laki ja masuk. Kami pihak perempuan tak masuk sebab penuh dengan laki. Tensi aku }:(

Kiyat dengan luncuran pertamanya.

Ikmal melakukan cubaan berkuak kupu kupu di atas belon yang indah.

Nyesal aku juai mahai masa bangla tu mintak nak amik gambaq. Dia cakap dengan aku, aku bagi tapak tangan like just talk to the hand k abangla. Tengah mandi kolam mestilah belagak diva. Sekali ayah beli gambaq ni waaaaaaaaaaa. Kejelesan overload!! Huuuuuuuuuu. Kalau tak boleh tambah 1 lagi modal nak gebang dalam blog ni kan.

Kanak kanak nespray sedang meluncur menuruni slide. Eh, sepanjang gambar2 kat atas ni cuba teka siapa yang takdak lagi? Yaa. Anda betul! *insert background music yg bebunyi org tepuk tangan here*.Orangnya adalah ayah. Disebabkan last mai sini dulu ummi yang tukang pegang kamera, kalini ummi balas dendam nak mandi. So ayahlah jadi juru gambar terhormat kami. Tapi memandangkan Nur Ihsan Fadhlina kini dah dewasa, dan matured. Makanya aku bertolak ansur dengan ayah.

Makanya ayah pula mengambil kesempatan naik slide. Atoto omey omey ayah dok atas pelampung. Ayah eksaited gila k. Terlalu ceria dan gembira.

See. Sampai nak amik gambaq pun dok main nyorok nyorok belakang pelampung. Acah acah comel lettew. Sebijik macam anak dia yang tengah taip blog ni huahuahuahau. Besaq kecik besaq kecik ja Kimi tengok aku.
Pastu benda alah ni! Aku penah try yang dekat The Carnivall Sg Petani, so time naik kat sini aku dah macam  eh betoi ka nak naik niii. Tak serik lagi yang dulu? Nyawa menjadi taruhan. Tapi aku kan jiwa katang, so aku pun mengetepikan perasaan takut yang berbuku di dada. Makanya terdengarlah siren asrama puteri SMKAK time nak panggil orang turun prep secara tiba tiba di Bukit Merah.

AAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!


To be continued...

No comments:

Post a Comment