>

Tuesday 7 January 2014

My first & second day of internship (Modenas)

Assalamualaikum

So, harini dah masuk hari kedua aku intern dekat Modenas. Aku dapat department Production Planning & Control (PPC). Memula aku mintak Marketing tapi rezeki kat department ni. Takpalah. Allah knows what is the best for me. Maybe banyak lagi yang aku dapat bila kat sini daripada dok kat Marketing sana. Mungkinla kan..Just take it positively.

So, kemarin lepas dah dapat tempat duduk sendiri, meja and kerusi yang selesa, Alhamdulillah, dah cakap cakap sikit dengan supervisor aku, Encik Husairi a.k.a Encik Bob, then jumpak bos, Encik Rahman, then diperkenalkan dengan semua staf dalam department ni (En Om, Kak Faizah, En Nizam, En, Rahman satu lagi yang bukan bos, En Khairul, En Farudin, Nana, and Encik Nordin. Dalam department ni aku dengan Kak Faizah ja gegels. Dah nama pun Modenas kan. Memang ramai laki. Department aku ni pulak dalam kilang. So 90% pekerja memang lelaki la.

Dalam department aku ni kebanyakan semua jenis pala masuk ayaq haha. Asyik dok merapu dok buat lawak ja. Tak tahan betul aku. Encik Bob kata depa suka melawak sebab department ni memang stress. So kalau dok serious lagi stress. Tu yang kalau boleh depa rilek rilek ja sesama staff. Bagi hubungan tu mesra. Haa takpala. Aku tukang senyum ja kalau depa buat lawak. Aku bukan reti nak buat riuh. Hehe. Awat aku rasa aku tulis skema gila. Adakah suasana opis mempengaruhi cara aku menulis? Ni aku dalam opis ni. Semua orang keluaq pi meeting lah apa lah. Tinggal 2 orang lagi dengan aku tapi aku dah mintak keja depa kata setakat ni takda lagi nak bagi apa2. Kak Faizah dengan Encik Farudin pun kata kalau takdak keja dok boring bukak la laptop online ka apa. Haa kelia.

Kemarin pas kenal dengan semua staff dalam PPC, encik Farudin bawak aku round semua kawasan yang berkaitan dengan keja aku nanti. Depa bagi aku keja untuk projek baru yang aku kena monitor, enjin BC 175 (baca: one seven five). Nanti Encik Farudin guide aku la. Aku gabung dengan Encik Fakhrul. Kiranya memang aku mula dengan zero ni. Depa ajaq aku semua. Mana la aku nak tau benda benda ni. Kemarin siap bawak aku keliling line (kalau tak salah aku depa panggil line). Line tu kilang a. Pi usha usha orang buat motor. Ramai usha aku balik sebab pompuan tak ramai kat sini. Kuang kuang kuang. Aku pun dengan muka serious, tangan dok pegang buku, orang explain angguk angguk macam paham. Muka serious paling penting.

Ada encik Farudin bawak aku jumpak staf dari Jepun tu. Nama Mr Sakamoto-san. Gittuuu.. Introduce diri dia panggil aku bunyi macam ish-san. Takpala. Apa apa pun takpa asalkan dia bahagia :') Aku pun tunduk tunduk haipp haipp masa pekenal diri. Dia pun sama. Tunduk sikit sikit tanda hormat. Pehh.. apply yang belajaq dulu dulu kat kolej.

Pakaian pulak, kami ada uniform. Kasut hitam bertutup, kain or seluar slack hitam or biru gelap, kemeja uniform depa bagi. Tapi aku takleh pakai kain sebab keja aku dalam kilang so tak sesuai sangat dah kat situ. Tak kisahla, asalkan menutup aurat. Kemeja tu singkat and tangan pendek so aku pakai baju labuh kat dalam. Selesai.

Pagi pagi pulak kat sini kami eksesais dulu, just a simple one la. Stretching. Then baca doa, pastu letakkan misi harini. Time tu nak cakap apa apa, nak update progress ka apa bolehla. Pagi tadi aku cakapla sikit. Heheee. Aku memang suka acah acah orang penting ni Seronok sungguh. Fefeling Tengku Adam Kamil sangat.

Lepastu hari kedua ni tak banyak keja sangat. Aku dok ulang tanya takdak keja apa apa ka nak tolong, still takda lagi untuk masa ni depa kata. Pagi tu ada la aku tolong pilih budak budak intern yang nak masuk nanti. Aku pun belek la resume 1 file besaq. Tu ja keja aku pagi pagi. Lepastu tu memang aku cemuih gila la beberapa jam. Dalam pukul 2.45 ada meeting dengan team Kawasaki Jepun & Thailand. Aku pun join buat muka yakin diri. Jepun tu sebut after jadi 'aftar'. Authorization jadi 'authorizasheng'. Takpa, layan ja..

K, dah. Aku kecewa gila dengan diri sendiri. Ayat skema gila entry ni taktau kenapa. Serious aku rasa duduk dalam opis pengaruh banyak a cara aku menulis. Benci ah camni. Mesti hampa nyesal baca entry kalini. Dahla, bai.

p/s : aku dapat 2 gelaran baru.
1) ish-san : wakil jepun tu sebut gitu nama aku. aku gugel ishisan maksudnya batu. k -,-'
2) menantu : yang ni Nana panggil aku. haha. awal2 pagi lagi NAna mai kat meja encik Rahman kat sebelah meja aku. encik Rahman tanya kenapa. Nana kata saja tengok menantu aku. pastu riuh sampai ke petang semua panggil aku menantu Nana. Nana tu gelaran ala ala mamak tu. Tapi Nana ni takda rupa mamak pun.  Macam tokwan pun ada. Tua tua comei comei ada lesung pipit.

15 comments:

  1. La awat dok ada lagi ayat "gila" tuuu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH...chai yoo...!
      (hg keja pakai purdah ka?)

      Delete
    2. dak weh..kurang digalakkan..sedih a aku..sebab department aku dalam kilang..so tak digalakkan..kena pakai sluaq slack..kain pun tak boleh..

      Delete
  2. salam dear ecan. wah tahniah =)
    haha...momoy suka yang gelaran tu
    eceh tetiba nickname baru. wakakaka... ni paling lawak
    yang menantu tu pula ehem ehem...dah ada yang berkenan la tu nak yang buat menantu
    kih kih kih

    ReplyDelete
  3. Salam..mcm mna procedure mintak li kt modenas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru perasan. Sy tau dh terlambat tapi sy jawab pi lah kot2 orang akan datang nak tau jugak.

      Sy cuma hantar resume dengan surat yang kolej provide. Lepastu ada sy buat surat sendiri bgtau nak intern situ. Ni seingat sy la. Lepastu kena follow up banyak2 kali sebab applicant ramai. Takut depa tak layan kalau kita tak push.

      Delete
  4. Mmg best intern kat modenas ni..sy kt sebelah ja HMS.mmg berdekak gelak bila depa dok usik acik Faizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakaa :D alahai rindu pulak rasa kat modenas.

      Delete
  5. salam , modenas ambil pelajar internship lagi ke? if yes, kalau bidang electrical engineering dorang ambil x? hehe tq in advanced sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. setahu sy modenas still ambil budak intern. pasal course sy tak pasti. maaf ya :)

      Delete
    2. owh okey2. tq sis. kalau boleh, sis ada contact person in charge x? :)

      Delete
    3. maaf sgt2. cuba awk google HR punya no di website modenas. sy takda

      Delete
  6. salam cik, sy dr unisza.. nak tanya modenas ada department design ke? sebab saya sedang cari tempat untuk intern dlm bidang automotive design. tq :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Sis,
    Saya nak tanya berapa ya elaun diberi?

    ReplyDelete