>

Wednesday, 19 February 2014

Nak start hijrah jadi lebih baik?

Assalamualaikum

Macam pelik bila tengah tulis tips jadi budak baik atau tips untuk membantu berubah ke arah lebih baik sedangkan iman diri sendiri time ni tak berada di paras sihat. Jiwa aku sakit, iman aku tenat. Tapi sekarang, saat dalam otak aku tengah merancang benda-benda jahat, jari jari aku pulak tengah menari-nari atas keyboard menaip tips nak jadi baik. Pffttt. This is awkwardddh. 

Orang boleh anggap dua : 

1) Hipokrit gila pompuan ni. Dia sendiri perangai macam apa ada hati nak bagi tips jadi baik. Lewls to the max

Atau

2) Dia tengah survive nak selamatkan diri sendiri. Dia tengah cari diri sendiri. 

Semua depends on the person itself. Apa yang dia judge aku tunjuk diri dia balik :)


Actually aku kumpul tips ni lama dah. Idea dah lama sampai. Cuma dok biar atas sticky note tunggu masa sesuai. Jangan expect aku nak bagi tips hebat2 apa. Naa..tips simple simple ja. 


So, here's the tips:

1) Like & Follow laman-laman sosial yang banyak dakwah dan bagi motivasi. Ini sangat membantu. Nak harap kita bukak buku agama, buku motivasi hari hari macam susah ja. Bukak buku memang malas sikit. Bukak FB, Twitter, hari hari kita buat kan? So, nak mudah like & follow ja apa yang baik baik tu. Banyak bagi peringatan, kadang-kadang benda mudah yang kita lupa. 

Contohnya tengah on9 pastu naik kat timeline tanya "Dah selawat ke belum harini?" Otometikeli kita selawat kan. See. Atau contohnya tengah on9 lepastu naik tulis pasal hukum tak jaga pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Terus kita sedar selama ni kita sosial ka apa. Banyak lagi. Serious. Follow lah. Membantu gak kita untuk jadi lebih positive. 

Boleh cari Prof Muhaya, Mario Teguh, Ustaz2 dan Ustazah2 (banyak sangat tak tertulis sini), page dakwah islamik2. Terlalu banyak. Cari ja. 

2) Fashionista. Ni bila cakap bab aurat la. Aku fokus ni kat pompuan. Memang, semua kita nak cantik, nak bergaya. Takmau nampak selekeh. So aku cadangkan ikut fashioniesta2 muslimah. TAPI KENA HATI-HATI! Terlalu banyak sekarang konon fesyen muslimah, padahal pakaian ikut bentuk badan, padahal tudung tayang dada. Dosa camtu gak. 

So, kena perhati betul-betul sama ada pakaian tu ikut syariat ka tak. Dalam ramai-ramai fashioniesta sekarang, aku cuma usha gaya Dena Bahrin & Irine Nadia. Bagi yang baru nak mula berubah pakaian, inshaallah boleh membantu sangat. Aku mula dulu dengan usha orang-orang macam depa lah. At least aku pikir boleh ja nampak cantik dengan tutup aurat. Bagi semangat kat diri sendiri

3) Bahan-bahan bacaan. Aku bagi contoh sini, novel la. Kalau nak cari novel, cari lah yang boleh bagi something dekat hati. Yang boleh bagi makan ruh kita. Yang membantu membangun jiwa. Aku suggest sini tulisan Hlovate, Habiburrahman El Shirazy, Fatimah Syarha dan banyaaakkkk lagi. Mesti boleh beza kan novel Islamik dengan tak? 

Jangan pandang rendah dekat novel-novel Islamik okay. Banyak yang best-best sangat. Dan dalam masa sama boleh bantu jiwa kita, boleh bantu nak berubah. Sambil enjoy baca sambil tambah ilmu. Tak membazir duit dengan macam tu ja. Baru-baru ni aku ada beli novel lagha. Aku pikir dah lama sangat tak beli, beli jela sekali ni kot2 okay. Tengok tengok hampeh gitu gak. Banyak scene tak elok walaupun dah jadi laki bini. At last apa aku dapat? Blurr. Tak terkesan apa di hati pun. Memang lepas ni takmau dahla beli novel camtu. Beza sangat dengan bila baca novel Islamik. Seriously. 


Okay, dah nak pukul lima. Time to call it a day yeayy \o/
 Kalau ada lagi idea aku update later, inshaallah

Siiru a'la barkatillah



Tuesday, 18 February 2014

Entry Budak Sekolah ( Kenangan bulan 3 di Tingkatan 2)

Sabtu 3/3/2007

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Naim selaku ketua kelas 2 Fathonah memberi arahan supaya semua pelajar berdiri dan mengucapkan ‘terima kasih’ seperti kebiasaannya kepada Puan Fariza. Kedengaran riuh suara-suara pelajar lelaki Tingkatan 5 di luar kelas sedang berbual rancak sambil bergelak tawa. Pelajar perempuan juga tidak kurang bisingnya. Begitulah suasana di SMK Agama Kedah menjelang tamat waktu persekolahan.

“Wei, hang tak mau balik ka?” tegur Sharod kepada Ecan yang bukan main khusyuk membuat kerja sekolah bahasa Inggeris yang diberikan oleh Puan Fariza tadi.

“Balikla dulu. Ada sikit ja lagi ni,” jawab Ecan. Sementara moodnya masih ada, lebih baik dia siapkan, fikir Ecan di dalam hati.

Sebaik sahaja kerjanya siap Ecan mengemas begnya. Dia membawa pulang beberapa buah buku kerja untuk disiapkan di asrama. Dia mempercepatkan kerjanya memandangkan hanya tinggal dia seorang pelajar perempuan yang tinggal di dalam kelas. Sebelum pulang, sempat dia singgah di tong sampah untuk membuang kertas. Sebaik saja dia memusingkan badannya kembali selepas membuang sampah…

“Dud!” bisiknya dalam hati. Dud, senior lelaki tingkatan 5 Ihsan memandangnya sambil tersenyum simpul. Ecan segan. Dia jadi gelabah. Kebetulan matanya terpandang Liyana yang kebetulan berpatah balik ke dalam kelas. Spontan dia melambai Liyana. Rupanya Liyana tertinggal buku. Lantas Ecan berpura-pura menemani Liyana masuk semula kedalam kelas padahal pada hakikatnya dia cuma mahu lari dari Dud. Degup di hati masih terasa lajunya akibat daripada tersermpak dengan Dud tadi.

Liyana mengambil buku dari bawah meja dan bersedia untuk pulang. Ecan berharap Dud telah pulang. Dia tidak mahu lagi terserempak dengan lelaki yang dia adore dalam diam. Mereka berjalan seiringan. Sebaik sahaja tiba di tangga jantung Ecan berhenti berdegup. Dud bersama kawan rapatnya, Ara sedang bersandar di koridor sambil matanya merenung tepat ke arah Ecan. Ecan kaku terkejut. Dia memang mudah gelabah bewak pun kalau bab-bab macam ni. Jantung dah berdegup kembali tapi tak mengikut rentak normal.

Pantas ditarik tangan Liyana dan mereka menuju ke arah tangga yang lagi satu. Mereka berlari-lari anak untuk mengelak daripada bertembung dengan Dud dan Ara sebaik sahaja sampai di bawah nanti. Tetapi tidak semena-mena ketika di tingkat dua…

Ecan menarik nafas panjang apabila dia hampir berlaga dengan Ara sewaktu di tingkat dua. Dud di belakang tersenyum nakal. Seronok ka apa tengok aku tekejut macam nampak hantu camni? Grr. Marahnya dalam hati. Laju dia melangkahkan kakinya melepasi Ara. Jantungnya terasa seakan hendak tercabut. Oh my oh myy. Nasib masih tidak menyebelahinya apabila sebaik sahaja sampai di tingkat bawah sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 sedang melintas di hadapan tangga. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga berhenti walaupun dia tahu Dud dan Ara ada di belakangnya. Takkan aku nak redah masuk geng laki form5 ni kot? Gila ka apa! Ya Rabbi. Debar di hati hanya Tuhan yang tahu. Crush sendiri ada kat belakang macam dok main ligan-ligan dari tingkat atas oii. Nak tercabut jantung maakk~

(beberapa hari before 3/3/2007)

Ecan, Sharod, Nisa, Fairuza, Paan dan Yuni mengambil tempat di tengah-tengah dewan makan. Sementara menunggu doa dibaca mereka pun berbual kosong

“Wey, hang nampak Izzat dak?” Tanya Sharod kepada Nisa.

“Entah, tak nampak pun. Ehh Yuni, Yuni..tuu….tengokla tuu…” Nisa menunjuk ke satu arah. Mereka menoleh ke arah yang dimaksudkan Nisa. Kelihatan Harith sedang mencedok nasi ke dalam pinggan. Dia tersenyum memandang mereka. Mereka memandang satu sama lain. Ketawa pun berderai. Walau bagaimanapun, perhatian Ecan tertumpu pada seseorang. Orang yang dia pernah lihat. Berkulit cerah…berkaca mata acah acah Fitri UNIC…ohh….

“Paan, apa nama dia ni?” cepat-cepat Ecan bertanya
“Mana?” Paan terpinga-pinga
“Ni yang dok cedok nasi ni..cepatlaaahhh…” gesa Ecan
“Oh…yang tuu.. nama dia Dud. Pendek gila…” beritahu Paan yang sememangnya jadi tempat rujukan kawan-kawannya tentang pelajar lelaki. Abangnya, Modi, yang juga bersekolah di sini sememangnya adalah sumber informasi yang berguna untuk Paan mengorek rahsia.

“Dia tu gatai kan?” tanya Ecan lagi.
“Kenapa?” Paan bertanya kembali
“Saja…” jawab Ecan.. Ohh..nama Dud.. katanya dalam hati. Serious ka aku nak kenai dia ni?


* * * * * * *


18/2/2014



Dear Ecan 2007,

Thanks. 

Thanks sebab berjaya buat aku senak perot baca semua ni. Thanks sebab suka menulis. Thanks sebab rajin menulis. Thanks sebab simpan barang-barang lama. Hingga semuanya membawa kepada penemuan buku lama ni. 

Catatan lama. 7 tahun lepas. Manisnya waktu ni boleh terasa sampai sekarang. Zaman terlalu naif, mentah. Aku rindu perasaan happy ternampak crush dekat kantin, terserempak dekat koridor, dekat koop. Aku rindu rasa happy yang tak pikir masalah tu. Sangat naif. Cuma tahu gembira. Even benda sekecik tu pun hati berbunga-bunga. Sweet

Dear Ecan 2007,

Walaupun hang cuma tulis sikit, tapi cukup membuatkan aku teringat banyak benda. Oh my. How time flies. Ecan 2007. Hang mesti excited gila kan tak lama lepas peristiwa di atas tu cerita hang dengan Dud makin rancak. Hehe. Kalaula hang sedar tu semua dosa hati. Too young too dumb to realize. Oh btw, tu lirik lagu. Nanti hang akan dengarla di corong corong radio. hhihi

Hang taktau lagi kan lepastu siapa lagi masuk dan pergi dari hidup hang. Joyo belum wujud time ni. Geng entah berapa belas, 6 Jahanam, geng fire extinguisher belum wujud lagi. Haha. Goddd. How time fliess. Ya Allah. Aku rinduuu zaman sekolah menengah. 

Dear Ecan 2007, 

Aku mintak izin dipublish benda ni kat blog. Sekarang aku dah tak main tulis dalam buku. Zaman dah maju bhai. Tapi aku still akan simpan buku yang tulis secoet kisah hidup aku ni. Thanks Ecan 2007. Thanks a lot. Rasa nak peluk hang. 


Yang syahdu teringat masa lalu,
ecansenpai





p/s: abaikan ayat-ayat tak lengkap dan tak matang cerpen di atas. Aku bukan serious nak buat novel. Aku cuma budak tingkatan 2 yang suka luahkan semuanya atas kertas. Tulis, tulis dan tulis.

p/s : tiada niat mahu memalukan. ni cuma sebahagian daripada kenangan. kalau ada yang nama tertera di atas nak suruh delete nama depa sila bagitau, aku akan delete. hehee

p/s : walau dimanapun anda berada wahai Dud, semoga semuanya baik baik saja. Thanks sebab mewarnai kehidupan zaman sekolah aku hehe.


Tuesday, 11 February 2014

Reward untuk diri sendiri sebab berjaya survive minggu penuh tekanan pehhh panjang gilo tajuk

Assalamualaikum

Heheee. 

So memandangkan haritu dah lepas azab sebulan serabut otak dicampur pulak dengan 1 hari rasa nak pitam tahap extreme gara gara nak buat presentation kat tempat praktikal iaitu Modenas, sekarang masanya untuk reward diri sendiri. 

Macam biasa, beberapa hari before presentation aku dah list out benda benda possible yang aku nak sebagai reward untuk diri sendiri. Benda-benda simple sangat bagi orang lain tapi untuk aku, pikir pasal tu ja dah boleh buat aku sengih sorang sorang hehee. Ecan is being ecan. Dia memang suka berangan camni. Hobi masa lapang. Memang dah sifat semulajadi dari kecik g hehe.

Fresh flowers
Memang sejak beberapa bulan lepas, aku cuba make sure sentiasa ada fresh flowers dalam rumah. Rasa kesian gak bunga sebab macam support pembunuhan bunga secara perlahan tapi aku suka gila kot bunga bunga ni huhu. Rasa macam membantu banyak gak a nak hilang seteghess bila balik keja. Huhu. Minggu nak presentation tu bunga semua dah layu dan aku takda masa lagi nak pi beli. So aku nekad lepas habis presentation ni kena pi beli walaupun busy sebab ini adalah reward untuk diri sendiri! Takda roses ka apa bagai. Kita ada kekwa ja. Tapi omey apa. Hihi



Bahan bacaan
Kurang kurang setiap bulan wajib aku beli satu buah bahan bacaan (novel/buku motivasi/buku cerita apa2). So kalini aku target nak novel tulisan ustazah Fatimah Syarha. Aku baru start baca novel beliau dari novel Cinta High Class tu, awek mana tah bagi kat adik aku. Pastu macam dah jatuh suka dengan tulisan ustazah tu dengan suami beliau, Dr Farhan Hadi. Macam terjaga sangat hubungan depa before kawen. Best baca. Tu saja aku nak cari Aku Ada Wali sebab Madi suggest aku baca buku tu. Tapi tak jumpa. Pastu aku nak cari buku berkaitan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. Sebab sejak baca buku pasal Aminah, mak Nabi s.a.w, baru aku sedaq banyak gila aku taktau. Seriyes. 

Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab masa aku ada nak cari buku buku tu sangat limited. Then duit pulak tengah kurang sekarang ni waargh. So at last aku putuskan untuk beli buku ni


Bagi sesiapa yang nak mula baca buku sejarah dalam bentuk santai and seriyes black tak boring, novel tulisan pak Latip ni sangat recommended! Memang best, tak boring. Serious. Dalam banyak banyak novel beliau paling aku tahap jatuh chenta adalah Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstatinopel. Pehh..memang tu punca aku jatuh chenta terus dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Best gila!! Harapnya Isabella ni pun best.

Dress kahkahkah
Benda benda gegels pun wajib gak la masuk dalam reward untuk diri sendiri khakahakhajkahsjslkjda. Aku memang suka ah benda benda camni. So, ni dress baru aku hihi

*gambar dah delete*

Tapi macam tak nampak jelas kan haha sebab tudung dah cover separuh baju. Ekceli, macam dress dress lain, dekat bahagian atas baju tu agak nampak bentuk badan sebab baju tu ada pinggang. Tapi takda masalah nak pakai as long as tak tunjuk kat orang bentuk badan tu :) Ekceli aku dah beli dress ni beberapa minggu lepas tapi tak terpakai lagi. So konon sebagai reward so aku pakai hahahahaha. kbaibai

Ada lagi reward aku nak bagi untuk diri sendiri. Di antaranya adalah aku nak buat dark coklet kukis dengan almond tapi kekangan masa tak mengijinkan aku berbuat demikian. Lain kali inshaallah. 

K dahla. Entry ni macam mengajak anda lagho gila huhu. Bersalah pulak rasa. Mintak maaf. Aku cuma mau begembira lepas seteghess tak ingat akhirat haritu. Tenkiu sudi lagi baca blog ni walaupun kadang kadang serious aku tulis merepek gilo. Hoho. 

May Allah bless us all. 



Saturday, 8 February 2014

Floral Mask by Dian Pixy.

Assalamualaikum

Aku rasa ramai dah kenai produk ni. Sebab aku pun dah tau pasal ni rasanya dalam taon lepas dah orang gebang pasal ni. Cuma aku ja baru nak melakukan proses penggebangan sekarang huhu. Terlambat satu tahun. Takpa. Lebih baik lewat dari tak pernah ( baca : better late than nevahh)

Anda boleh tekan link ini, ini dan ini untuk baca review mask ni. Ni saja aku bagi review dari blogger pemes ames kat Malaysia ni. Sebenaqnya kalau hampa gugel lagi jumpak banyak sangat review Floral Mask by Dian Pixy ni. Serious. Just klik new tab. Then gugel “Floral mask by Dian Pixy”.

Kaklong -  Kenapa mask ni warna ungu?? Keladi kaa?
Aku -  Keladi?? No lah. Ni lavender. Wangi.
Kaklong -   Ohh.. ni yang ada dalam bilik banyak2 tu kan?
Aku -   A’ah. Naan jual benda ni.
Kaklong  -   Yaka?? Kak nak beli 2!
Aku -  Seriously?? Mahal ni. RM39.90 untuk 50ml. Nak ka?
Kaklong  -   Serious laa..memang dok cari benda ni lama dah 
                *patlima menit kemudian* 
Kaklong -   Tak sakit la benda ni bila cabut kan..
Aku -   A’ah..dia tak sakit sangat macam mask hitam yang selalu dok pakai tu.

Di atas merupakan review tulus dari kak aku dan aku sendiri. Aku cuba gugel “floral mask by dian pixy tak best pun”, aku nak cari review cerita pasal ketidakberkesanan atau keburukan floral mask nak bagi hampa boleh compare dan buat keputusan yang matang untuk membeli benda ni tapi Alhamdulillah aku tak jumpa komen komen negative pasal mask ni.

Bagi aku sendiri, benda yang aku suka pasal mask ni kalau nak banding dengan mask lain adalah dia tak sakit time nak tarik tu, then aku nampak gak la ada white head melekat situ. Tengok dengan mata kasar memang tak jelas sangat. Bila aku tengok guna kamera baru nampak weh. Memang ada! Dan paling penting adalah kandungan semua halal inshaallah, dan produk Muslim, produk bumiputera. 

Dekat gambar tu packaging lama. Sekarang dah buat packaging baru yang lebih comel seriyesli!
ni pulak hasil dari muka aku wahaha.
 lihat entiti di sebelah kiri tu nampak weh whitehead melekat haha malew ilew
Tu aku amik guna kamera henpon sebab bateri kamera betul habis. Nanti bila bila aku amik guna kamera betul pulak lagi zoom elok, aku upload sini k bagi hampa tengok white head aku haha.

menunggu untuk dibeli
comel dak packaging baru dia? haha geram gila aku tengok
Kalau nak beli boleh contact aku thru FB.

Harga : RM39.90. Harga tetap tak kira anda femili, BFF mahupun stranger.
Isipadu : 50ml
Postage : RM6. Kalau area Gurun atau Guar Chempedak aku boleh bagi by hand la takyah bayaq postage

Tambahan : LAKI DAN POMPUAN boleh guna benda ni. Kanak kanak pulak seawal usia 12 tahun. 

Sekian entry menjual. Cewah first time beb aku jual online hehee. May Allah ease




*********


Dan untuk sesiapa yang nak cari jubah/dress/ wide shawl, link link dibawah adalah antara tempat yang anda boleh cari semua yang anda nak, inshaallah. Tapi memang ada sesetengah dress atau jubah yang mungkin ada ikat kat pinggang ka apa (boleh menampakkan bentuk pinggang), yang tu atas diri sendiri nak ejas macam mana bagi jadi ikut syariat. Mungkin boleh pakai dengan cardigan atau labuhkan tudung sampai lepas paras pinggang.

Inshaallah kita boleh berubah! Kita boleh usaha ikut jalan Allah! Allah tengok usaha, bukan hasil. So jom cuba jadi yang terbaik setakat mana kita boleh jadi. :)














Praktikal di Modenas part II

Assalamualaikum

Pertama kali dalam hidup aku nebes tahap nak pitam. Pertama kali dalam hidup aku tak boleh tidur malam sebab ketaq nak hadap hari esok, pukul4 pagi cuba pejam mata tapi sangat lambat nak tidur, bila dah tidur tejaga mengejut pulak sebab nightmare, bukan sekali. 

Berkali kali aku terjaga sebab nightmare. Last aku jaga sebab aku dengaq azan subuh. Then solat subuh dalam keadaan jantung boleh dengaq dupdup tu. Kaki dah sangat lemah. Dah siap siap semua, dah pastikan barang semua cukup, ummi tanya nak pi sendiri atau nak dihantar. Aku suruh hantar. Kenapa? Kedua mental dan fizikal aku dalam keadaan sangat tak stabil dan tak selamat untuk drive.

Salam ummi before naik keta dengan ayah, ummi kata “Buat elok elok. Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi thammim bil khair” 

Aku balas, “satgi konfem ayah balik bawak Naan balik, bawak Naan yang pengsan. Ataupun satgi ada orang call ummi suruh mai amik Naan pengsan kat sana ha ha” Cuba bergurau padahal serious dada sesak rasa nak pitam. 

Tu la keadaan aku siang tadi, before presentation dekat Modenas. Sepanjang jadi pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan dalam jurusan Diploma in English Communication, presentation tu adalah rutin mingguan. Kurang2 seminggu sekali wajib present something. Paling banyak pernah seminggu 4,5x camtu. Makna kata memang dah lali. Memang dah hafal ayat intro apa bagai tu. Dah jadi darah daging.

Tapi..

First time present dekat tempat praktikal ni memang buat hidup aku huru hara. Duli timeline aku pun memang dah tercemar dengan status status tak bertamadun lagi bermanfaat aku tu. Sebelum ni aku memang jaga imej FB aku sebab tu medium utama aku nak berdakwah, so aku kena tunjukkan contoh paling baik so that orang akan ikut. Aku sebolehnya nak jaga apa yang aku dok update kat FB.

Tapi untuk beberapa hari sebelum ni, maafkan aku wahai rakan rakan FB, semuanya tercemar. Status emo, merepek, macam tak berpijak kat  alam nyata semua ada. Aku terlalu nebes tahap nak pitam. Aku tak tipu. Aku macam dah tak kesah langsung dengan imej FB yang selama ni aku jaga sebab seriously aku cuma nak LUAHKAN SEGALA RESAH GELISAH AKU NI TAK TAHAN DAH OII AKU NEBES AMATT!! Motivation aku memang dah totally hancoq. 

Motip blogpost kalini?

Takda apa. Just sebagai kenangan di hari tua. Hashtag Praktikal di Modenas. Ni nebes paling dahsyat pernah aku alami. Aku cuba calm down tapi aku tak boleh get over perasaan tu. Sangat kuat. Alhamdulillah at last semuanya berjalan baik walaupun tak perfect. More than enough bagi aku.

Dan inshaallah, entry akan datang aku akan buat entry mengenai:

-Floral Mask by Dian Pixy
-Rewards untuk diri sendiri sebab survive presentation tadi
-Tips membantu nak hijrah ke arah lebih baik
-Surat untuk sahabat (tajuk mungkin aku ubah. buat masa ni takda idea lagi. seriously aku cukup teruk bab nak bagi tajuk entri T.T)

p/s : maafkan aku wahai pembaca budiman sekiranya blogpost kalini sangat takda isi dan tak bermanfaat. sesungguhnya aku baru hadap hari yang sangat stressful then aku tak tidur langsung lagi sejak bangun subuh pagi tadi so sangatlah dihargai kiranya anda sudi memahami keadaan diriku ini. 

adios