>

Wednesday, 28 May 2014

AKU MENANG!!

Assalamualaikum

Banyak betoi idea nak tulis entry sebenarnya. Aku save dalam stikinote kat fon adala dalam 13 topik yang aku nak buat entry. Tapi kebizian aku sekarang memang tahap tak mengijinkan aku menulis dengan tenang. Entry before ni pun tulis dalam keadaan bercangkung sebab nak cepat dan sebab rasa bersalah kalau duduk dengan selesa. Bayangkanlaah bizi tak bizi kakcan sekarang ni. Cuma malam ni, aku tahan mata demi nak up satu entry. 

Tanpa membuang masa lagi, maka, dengan ini aku mengumumkan .... dudududududududddd <--- bunyi drum yang nak announce seprais tuu


dududududududududududdd
dudduduudduuuuuuudddd~


(insert fireworks sound effect here!)


Wahaha. Imejin la aku dengan blur habis bila courier call tanya kat mana rumah, dengan sangat tertanya tanya apa aku ada order barang ka? Bila sebuah kotak gedabak yang tertera thepoplook.com bertukar tangan, terus aku tertanya-tanya adakah aku ada masuk peraduan apa apa yang poplook buat? Tahap clueless takleh bawak bincang punya.

Then, the moment mata aku menangkap nama pengirim, terus mata bersinar sinar jenoh kontrol eksaited nak lompat bintang. Ya Allah, tu seriously seprais yang paling seprais aku penah dapat seumur hidup! Aku dah macam oh my god, oh my god dalam hati tak berenti sambil sign dekat borang penerima.

Ya la, bayangkan perasaan orang yang tak expect langsung jadi pemenang, tetiba dia jadi pemenang, tapi disebabkan minggu yang super bizi, dia sampai lupa nak tengok dah annouce nama pemenang ka belom, dan bila dia tengok pemenangnya adalah dia, tapi dah terlepas tarikh tuntut hadiah. Boleh imejin dak tahap kefrustratednya tu di takat mana? Hancur hati.

Tapi, thanks sangat dekat Momoy sebab sudi jugak pos hadiah walaupun Ecan dah lambat 3 hari tuntut hadiah. Malu sebenarnya sebab rasa dah tak layak terima. Ecehh. May Allah bless you

Eh dah dah, sila la jamu mata anda dengan hadiah hadiah yang aku menang ni.

Tadaaa.! Kotak gedabak besar pemeluk sampai penuh hadiah. Mau tak eksaited aku ni ~,~


Aww. That's cute. I do love it so much Momoy. Thanks a lot!!!

Lace cardigan dari poplook.com. Sayang nak bukak reben omeyy. Huhuu. Saja letak gambar macam ni lagi. Nanti aku pakai, aku upload instagram. Tengok kat sana okay? Instagram : @ecanfadhlina

Nak gedabak. Sampai nampak jelas bulu selimut aku wahaha. Memang taste aku dengan Momoy banyak sama laa. Benda benda beads and bling bling ni mudah ja buat mata aku barair bersinar-sinar. Hope hampa dapat apa aku nak sampaikan ~,~


This! Petang tu sampai, malamnya aku terus cuba. Nampak nau gelojohnye. Dan result dia jengjengjenggg. tunggu aku review nanti. Walaupun nanti tu entah bila, tapi inshaallah aku akan review! oh ya, ni adalah skrub badan dari D HOME SPA <-- klik

Gambar senget lupa nak rotate before upload. Tak kisahla kan hihi. Ni adalah album gambar dengan gambar Paul Frank. Aku ingat lagi pernah masa sekolah menengah aku suka belek benda alah ni dekat Popular atau dekat kedai kedai hadiah sebab teringiiinnn. Sungguh! Tapi takda duit so byebye ja la. Selagi tak betul betul perlu aku segan mintak kat ummi ayah. Kalini rezeki sampai depan mata sebijik macam yang dulu aku teringin sangat. Alhamdulillah.

Aku akan guna ni bila aku dah sambung study nanti inshaallah. Semart ja satu set unik takda sama dengan orang. Bawak pi asrama. Orang mai lepak bilik aku boleh guna ni. Cuba teka apakah ia? Jengjengg

Anddd the last one iiisss.....

TADAAAA!!!! Yang paling mendominasi ruang kotak tu adalah Howard Bowler Bag Poppy by Poplook. Panjang nau namanya pun. Fefeeling wanita bekerjaya sangat kalau iols pakai beg macam ni. Kenapa baik hati sangat Momoy ni sanggup bagi benda benda macam ni buat hadiah kat orang haa siyes tak pahamm. Tskk tskk. <--- kesat air mata terharu bercampur kehairanan

So, thats it. Sekali lagi, THANK YOU SO MUCH MOMOY!!! Taktau nak cakap apa lagi dah nak menggambarkan terima kasih ni. May Allah bless you.

Bapak ah. Sejak kebelakangan ni memang banyak sangat surprises. Baik yang dukacita dan juga bahagia. Semuanya Allah uji nak tengok bersyukur tak kita. Nak tengok kita ingat Dia atau tak. Semua ada hikmah. Janganla nikmat yang Allah bagi kat aku dan family aku ni untuk jauhkan kami dariNya. Tak sanggup. Jauhkanlah.

Okay, dah sangat lewat. Esok lagi la kami ni super busy. Aku patut dah tidur 4 jam yang lalu. Oookayyy. -_-

Wassalam


Friday, 23 May 2014

Buku Maksiat

Assalamualaikum

So.. Last two weeks kot aku pi MPH nak perabis baucer buku. Disebabkan aku dah beli banyak buku agama dan motivasi, so aku decided nak ambik satu ja novel biasa. What I mean by novel biasa adalah novel yang kurang bagi manfaat, yang just lebih kepada untuk hiburan aku. 1 out of 10 okay la kan. Cuman satu doang. Masak nga bisa. Jadi aku pun pilih satu buku yang ada kat tempat depa display bestselling books tu. Synopsis best, cover cool. Angkat ah.

Sampaila beberapa hari kat rumah, satu malam tu aku tergerak hati nak baca novel biasa tu. Bukak muka surat pertama. Ohokk ohokk ohokkk. Tersedak air liur kakcan oiii! Yang bener ini novelis. Baca..baca..baca.. Dalam satu malam aku khatam novel tu. Kesimpulannya : Serious pfftt ini novel memang merosakkan gua tak tipu!

Aku tak nafikan cerita dia memang best (walaupun aku rasa main idea cerita ni sama macam Ghost Graduation punya movie). Tapi yang aku sakit dengan novel ini adalah dia seolah-olah menghalalkan maksiat. Okay, aku compare kan dengan novel novel biasa lain aku penah baca. 

Contoh, Ombak Rindu. Harris dalam Ombak Rindu pada mulanya memang jahat kan? Dia langgan pompuan semua tu. Tapi novelis dia letakkan watak tu sebagai watak jahat pada mulanya. Novelis tu sampaikan kat pembaca yang karekter Harris adalah karekter jahat yang tak boleh dicontohi. Banding dengan novel aku baru beli tu, mak aiii.. Aku ingat dah awal-awal dia jahat macam tu, last last nanti dia taubat ka apa. Dak punn. Novelis tu macam tak fokus pasal karekter tu punya perbuatan adalah salah. Dia cuma fokus kat jalan cerita. Sampai kesudah karekter tu still nak berzina macam tu gak. 

Kedua, aku tak puas hati dengan keterbukaan novelis tu dalam berbahasa. Aku terkejut kot bila baca. Like seriyesli novel macam ni lepas untuk dipublish dan dijadikan bahan bacaan umum? Sekarang pulak jadi bestselling book dan aku takleh nak buang syak aku yang salah satu sebab kenapa ramai beli novel keluaran publisher tu adalah disebabkan unsur lucah yang banyak. Aku rasa macam baca novel lucah kot! Seterbuka tu dah eh masyarakat kita sekarang ni? Tulisan lucah yang seolah-olah dapat kebenaran, yang seolah-olah halal kat negara kita ni. 

Lagi, dia letakkan karekter dalam tu sebagai orang Islam. Hidup karekter tu memang penuh maksiat aku tak tipu. Lepastu sampai karekter tu mati, dia jadi hantu. Hantu yang hidup bahagia. Macam takda salah la segala maksiat dia penah buat masa hidup tu. Point aku sekarang, novelis tu buat macam zina tu tak salah. Aku tau tu just cerita. Tapi dengan dia guna semua nama Islam, novelis tu pun aku rasa orang Islam berdasarkan nama dia. Aku jadi tak senang.

Memang benda ni nampak kecik. Maybe some of you akan kata aku ni berfikiran kolot dan sempit. Cuba semua bayangkan, kalau benda benda macam tu kita jadikan makanan jiwa kita. Benda-benda lucah, perkataan lucah dalam bahasa inggeris maybe nampak lagi aummm, maksiat yang dihalalkan, yang dibuat bagi nampak benda tu cool, nampak style la boleh bergaul sedahsyat tu laki pompuan kat sekolah. Laki boleh masuk bilik pompuan, pompuan boleh masuk bilik laki. Boleh tidur sekali. Cikgu yang suruh pulak tu!! Like what the pffttt. Apa yang aku baca niii seriyes aku terkejut. Cukupla novel tu saja yang aku beli keluaran publisher tu. Takkan aku beli lagi. Seolah-olah laburkan duit untuk rosakkan iman. Sebab dengar kata mostly (or semua?) novel keluaran publisher tu adalah berkonsepkan keterbukaan jugak! Nauzubillahiminzalik!! Semoga Allah pelihara iman-iman kita.

Kesimpulannya, kalau nak novel yang banyak speaking (maybe rasa cool bila baca novel macam tu), aku suggest cari novel-novel Hlovate la. English dia way better dari novel merapu lucah tu. Plus dia sangat bagi manfaat, ada makanan berkhasiat untuk roh kita, buat kita ingat Allah, buat kita berfikir. Tu yang kita perlu untuk budak-budak remaja sekarang baca, kalau depa belum ready nak baca betul betul punya buku agama lah maksud aku. Menakutkan tahu bila novel-novel lucah yang seolah-olah memperjuangkan gaya hidup bebas, yang mampu merosakkan anak remaja kita pelan-pelan dari dalam, dihalalkan dan sekarang jadi bestselling books! Allahurabbi. Moga Allah ampunkan kita. 

p/s : Aku mendoakan lebih banyak yang beli novel-novel Abdul Latip Talib masa Pesta Buku haritu. 

Sunday, 11 May 2014

My Alter Ego

Assalamualaikum.

Hari first masuk kolej, masa daftar asrama. Kami dapat sebilik. Disebabkan sepanjang hari aku jumpak orang semua cakap Keyell, dan bila aku cakap bahasa Utara semua orang buat muka lambat digest yang sangat menyebabkan aku lemaih peghot, so jalan selamat aku pun tanya dia, "Orang mane?" Pastu dia balas "Perlis". Akhirnyaa... Alhamdulillah akhirnya ada gak sorang yang inshaallah takkan buat aku rasa terlalu terasing kat situ. Spontan aku balas "oooohhhh..boleh cakap Kedah la niii?" <--muka eksaited tapi kover. Dia tersengih dengan muka macam hairan. Maybe heran dengan soalan aku kot. Hashtag kodahkenapetetibejee

Lepastu aku jadi lone ranger. Ecan is being Ecan, jenis takut menyusahkan orang ka pa kalau join depa, mana tau aku tak dikehendaki ka pa kan, so aku prefer gerak sorang sorang. Selalunya siapa dok sebelah aku time dalam dewan tu la aku sembang, buat kawan. Next activity bertukaq pulak kawan aku. Sampai satu masa nak pi aktiviti apa ntah, dia dengan Nur Ramadhanniah ajak aku join sekali. Aku pun setuju. Sejak dari tu segala aktiviti kami turun sekali. 

Malam last orientasi kalau tak salah aku, fasi pasang video isteri tentera yang meninggal tu. Isteri dia meratap. Aku struggle gilo tahan ayaq mata. Tapi sedih teramat, so air mata aku keluaq jugak. Malu kat orang sebelah. Kalih tengok kanan, dia pun tengok aku. Mata dia pun begenang. Dua dua tergelak. Dua dua lap ayaq mata. Tengok skrin, nangis lagi dua dua. Bapak sedih video tu. 

First time basuh baju, dia basuh kat mesin basuh. Aku pi sumbat baju dalam dryer. Mana la aku nak tau ada beza. Tengok tengok baju aku tak terbasuh pun. Penuh sabun basuh baju ja melekat kat baju. Syiling habis dah. Nangis la aku meratapi nasib diri di perantauan. Aku memang kuat nangis bila rasa kesian kat diri sendiri haha. Then dia kata "alololo meh basuh dengan baju aku meh." So, sambil mengabaikan rasa segan yang berbuku didada, aku pun sumbat baju aku dalam mesin yang basuh baju dia. Maka terbasuh la baju kami sama sama. 

Masa nak kena jumpak mentor first time. Aku terlambat. Semua yang satu mentor dengan aku dah balik. Tinggal aku sorang sorang yang tak jumpak mentor lagi. Dia dah jumpak mentor dia. Aku pulak tak berani masuk sebab takut kena cakap bahasa inggeris. Mana la aku reti sangat. Jawab hekzem reti la aku, speaking ni lemah sikit. Dia pujuk "Alolo janganla gheyau. Jom aku masuk sekali teman hang nak". Geleng geleng. Last skali tak masuk gak kot aku. Haha. Takut kena speaking punya pasaii. 

Ingat lagi masa hari cuti, kami bosan dalam bilik. Turun makan kat kafe, habis tu pi lepak kat padang. Bawah pokok. Sambil bukak lagu Indon kat Sony aku. Aku ingat lagi ada bukak lagu Samsons masa tu haha. Indon baq hangg. Pastu dua dua senyap dok layan perasaan. Dengaq lagu sambil angin dok kena muka. Aceceh. Angin kuat kan kat padang. Layann. Padahal masa tu baru nak mula mesra, takdala dah terlalu mesra. Tapi dua dua jenis okay ja main redah abaikan rasa awkward. Lepas dari tu aku tak sedar bila kami dah jadi betul-betul rapat. Yang aku ingat, sejak mula mesra dah hampir tak penah berenggang. 

Kami punya first bithday celebration dekat Teluk Chempedak. Birthday pun beza 4 hari ja, so celebrate sekali. Majlis dihadiri oleh kami dua saja. Less is more katakhau. Mandi laut (aku tau mesti hang teringat pasal tshirt aku HAHAHAHHAH), then beli kaya ball, keropok2, dengan ais krim kalau tak salah aku. Then tulis kat pasir Happy Birthday Ku & Ecan. Sendiri tulis kat diri sendiri. Haa, masa tu jugak kes fon aku tercicir then ada adik tu jumpak dia call ayah aku terus. Allah bless you, adik. 

Next sem pulak, masa cuti apa entah, semua orang balik tinggal kami dua ja dalam bilik. Ingat lagi aku tengah tidoq. Dengaq orang bisik tepi telinga suruh bangun. Ecann..bangunlaaa.. Aku bukak ja mata "Weh, jom pi Gambang". Terus call Uncle Maniam, terus packing barang. Waktu tulis ni aku rasa bersalah bila teringat cerita masa kat Gambang Waterpark. Perot aku rasa berkeriut keriut bila teringat. 

Kami punya nampak serasi sampai orang tanya, korang ni sepupu ke? Ku dengan Ecan ni dulu satu sekolah ke? Wei, rumah korang dekat dekat eh? Korang kembar eh? Luls. Paling takleh belah bila orang terserempak dengan dia orang tegur "Hai Ecan", dengan muka orang tu sangat tak bersalah menunjukkan dia sangat tak sedaq yang dia salah orang. Lagi takleh belah bila ada orang mai duduk depan aku masa kat kafe dengan selamber. Aku usha orang tu dengan penuh kehairanan, baru dia "Eh laa Ecan ka. Ingatkan Ku" terus dia bangun. Aku agak dahh. 

5 sem satu bilik. Aku rindu nak buat buat high, nyanyi kat tingkap, meng-akustik-kan semua lagu. Pastu kalau lupa apa apa aku akan tengok dia untuk serap ingatan. Pernah kami buat buat nangis sebab bosan sangat dalam bilik. Bunyi nangis sekuat hati. Pastu gelak gelak sebab rasa kami ni lucu, pastu sambung buat buat nangis lagi. Habis merapu, kami tengok movie. Tetiba Huda ketuk pintu tanya ada orang histeria ke tadi? Terus tergelak besaq. Seriyes tak niat pun nak ganggu orang. Tak tau pun kata suara kami 'nangis' boleh dengaq sampai blok lain. Maybe sebab time tu asrama sunyi. Huu. 

Pernah ja gadoh, mintak maaf, nangis dua dua, baik balik. Terlalu banyak kenangan kalau nak cerita. Hubungan lagi bertambah cerita dengan kehadiran kawan kawan yang lain. Terlalu banyak kenangan kami. 

Masa nak masuk sem ni dia sedih, sebab takdak aku, takdak kami. Harusla letak aku kat depan sebab I am that perasan kind of girl. Perasan penting haha. Takkan tak rasa, dulu jarang berenggang tetiba sekarang ni takdak dah. Takkan tak rasa. Betul, orang yang ditinggalkan akan lebih terasa. Sebab kami tinggalkan kenangan kami kat sana. Dan dia kena hidup dengan kenangan tu. Kami pulak dah ke tempat lain. Suasana semua lain. Takdak kenangan kita dekat tempat baru kami. So kami kurang terasa. Cuma rasa tak gembira tinggal dia kat situ tu sangat kuat. Tak hepi takda kami kat situ dengan dia.

Tapi alhamdulillah, sekarang dah nak habis sem, dia berjaya survive. Thanks Lin sebab ada dengan dia waktu aku takda kat sana. I love you, Lin, sungguh. Kawan dia, kawan aku jugak. Inshaallah, ada jodoh kita jumpa lagi. 

Dear bebygirl, aku mintak maaf atas salah silap aku yang dah aku buat, dan jugak untuk akan datang kot2 ada lagi aku buat silap. Doa, mintak kat Allah supaya kita sama-sama balik kat syurga nanti, plis. I miss you, big time. Uhibbuki fillah. I love you lillahi ta'ala.

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections