>

Sunday, 7 September 2014

Aku bukan niqabi, di sini.

Assalamu'alaikum

Aku tak berniqab di UNISEL.

Bukan sebab tak boleh. Alhamdulillah, UNISEL memang bagi pakai niqab dalam kampus. Ramai ja orang pakai. Aku tak bilang berapa orang, tapi ramai la. Not that beratus-ratus orang punya ramai. Tapi aku rasa hampir 10 orang. Atau lebih. Kira ramai le tu. No?

Ada beberapa orang member aku yang berniqab yang menuntut di IPTA, terpaksa buka niqab sebab kat sana tak dibenarkan berniqab. Aku kira beruntung sebab disini boleh pakai niqab.

Tapi aku tak mahu. Entah kenapa.
I just don't feel like wearing it here.

Eh, mungkin bukan "entah kenapa". Mungkin ada sebab kenapa. Tapi aku belum fikir kenapa. 
Buat masa ni aku cuma boleh bagi kesimpulan -- aku tak rasa nak pakai.

Bukan setakat tak nak pakai dalam kampus. Tapi aku sebolehnya tak mahu orang tau yang aku berniqab di luar kampus. Tapi bila orang bertanya, aku tak menipu. Ya, ada yang terjumpa instagram aku. Dari situ dia dapat tahu aku berniqab di luar kampus. So, bila dia tanya aku mengaku.

Aku..

(berfikir)

Hmm.
Sebenarnya aku...

Err aku ada terjumpa ramai niqabi (ramai tak semestinya semua) yang aku tak berkenan dengan perangainya, dengan tingkah lakunya. Aku rasa tak selesa sangat dengan apa yang aku nampak. Sangat tak berkenan sampaikan aku tiba tiba menjerit sekuat hati di dalam hati "Aku bukan macam tu!! Aku bukan sebahagian dari depa!! Aku tak sama macam depa!!"

Depa membuatkan aku pandang slack kat para niqabi. Terlalu aku tak berkenan tengok.. sampaikan aku lupa bahawa aku juga seorang niqabi (di luar pandangan budak-budak kampus).

Mungkin tu cara Allah nak tegur aku.

Allah tunjukkan aku besarnya fitnah yang dibawa niqabi yang tak menjaga adab pada Islam.
Allah sedarkan aku betapa besarnya amanah yang aku pikul sebagai niqabi.

Kena jaga semua. Kena betul-betul menjaga

Aku malu bila pikir adakah aku juga macam tu? Ada tak tingkah laku aku yang membuatkan orang pandang slack kat niqabi, sekaligus mencemarkan indahnya Islam? Adakah aku dah timbulkan fitnah kat Islam?

Aku tak selesa bila pikir macam tu. Arrghh. 
Rama-rama ni tak berhenti menggelupur dalam perot!
Menggelupur dengan ganas pulak tu.

Mungkin tu salah satu faktor kenapa aku taknak pakai niqab disini. 
Faktor lain pula mungkin sebab kos aku amik tak berapa sesuai untuk berniqab. Jadi aku lebih selesa tak berniqab disini. 

Tapi aku bukan ex-niqabi. Tak. Aku masih seorang niqabi. Cuma bukan disini.

4 comments:

  1. bila bergelar niqabis, segala gerak geri diperhatikan. sebab ramai yang hormat pada niqabis.
    yess, betul cakap awak. tak dinafikan kadang ada niqabis yang kurang selari akhlak dan penampilannya. bila perkara ni terjadi, sedikit sebanyak respect kita terhadap niqabis makin berkurang. tapi tak semuanya macam tu, cuma yang lain akan terkena tempiasnya. semoga terus istiqamah. sy doakan awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang hati sy baca komen ni. ayat tertib, penuh memahami. terima kasih awak :) Allah bless you

      Delete
  2. Jarang nak jumpa statement jujur seorang niqabi macam ni. Sedikit sebanyak mengubah skeptikal masyarakat terhadap niqabis Semoga istiqamah. Sama ada niqabis atau tidak yang penting dia menjaga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Ooo begitu rupanye..
    Suka n respek pada niqabi
    Tetapi betul juga..ada segelintir niqabi yang berperilaku tidak selari dengan luarannye...
    Sesuatu itu memang sentiasa ada cabaran dan dugaannye..
    Caiyuk

    ReplyDelete