>

Wednesday 21 January 2015

2015's resolutions

Assalamu’alaikum

Well hello there! Sihat tak? Kalau sihat cakapla Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah) sebab bagi kita sihat. Aku pun Alhamdulillah, sihat. Terlebih sihat sebenaqnya. Tahukah anda bahawa Nur Ihsan Fadhlina binti Azizan telah bertambah berat sebanyak 5kg dari berat asalnya? Hermm not a good news I think. UNISEL treat me so well sampai langsung tak homsik sampai mendadak naik berat banyak banyak camni ni eh eh aku dah mula keliru adakah aku kat sini holiday atau study. Aherher.

So, aku dah masuk sem2 yayy.! Masuk hari ni dah seminggu aku masuk sem2. Eh wait seminggu baru?! Okay bila tulis ni baru perasan baru seminggu like seriously. Sebelum ni rasa macam lama dah dok sini. Walaupun rasa lama tapi semangat belajar tu masih wujud Alhamdulillah. Haa btw sem 1 haritu aku dapat 3.35 pointer huhu. Alhamdulillah! Memang tersasar dari target tapi weh banyak kot tu nak banding dengan dosa-dosa aku buat aku rasa macam habislaa aku nanti Allah bagi aku failed habislaa akuu. Negatif sangat! Padahal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dia Maha Adil. Aku usaha macam tu, macam tu la yang dapat. Dia tak potong part dosa. Kalau dak jenuh nak repeat. Alhamdulillah, thanks Allah!

Okay. Ada beberapa perkara aku nak pesan kat diri aku. Sebab aku ja paling tau (selain Allah) tentang segalanya pasal aku, dan aku juga seorang yang suka membaca blog sendiri kahkah so adalah molek kiranya aku membuat peringatan kat diri aku sendiri ni. Nanti bolehla ulang baca balik ihiks.

1. Duit syiling semua masukkan dalam tabung! Duit kat sini maigadd cepat sangat habis yang tahap aku rasa tak ada logika. Contohnya sekarang baru seminggu (seriouslyyy baru seminggu..?!! warghh #stillindenialstage) aku kat sini, tapi duit dah habis dalam RM250. Mesti ada yang syak aku makan Kenny Rogers sebagai santapan harian dan memandang enteng makanan di kafe UNISEL, tapi malangnya tanggapan anda tidak benerr sama sekali. Guwe cuman beli makanan biasa biasa aja. Paling paling guwe cuma makan err err okay I admit memang guwe ada makan di Carl’s Jr tapi cuman sekali doangg masak ngak bisa.

2. Try jog at least seminggu sekali! Huwaa. Aku rasa ni resolution setiap tahun yang masih belum tersetel dengan jayanya. Berapa kali dah terinspired dari artis artis yang super duper hot tapi inspired jela. Buatnya tidak hewhew. First sebab aku prefer gym. So aku boleh tengok berapa kalori habis, berapa jauh dah aku naik basikal. Aku rasa lebih motivated macam tu. Tapi sini mana nak cari gym yang tiada lelaki yang murah dan yang senang pergi? So aku gunakanlah alasan tu untuk keep bertangguh exercise. Sampai naik 5kg baru nak nangis bawah toto. Huh.

Satu lagi alasan adalah sebab kat sini takda Katira dengan Kakuu untuk diet sesama wuu I miss you gais so much. Teringat g kafe sama sama amik nasik ¼ pinggan, dan selebihnya dipenuhi dengan sayur sayuran dan lauk. Minum banyak air kosong. Makan oat selalu. Exercise dalam bilik. Pastu masing masing komplen pasal badan dan berat masing masing. Tak puas hati part tu part ni. Nak six pack lah apa lah ihihihi rindunyaa. Sini aku takda (or takda lagi) geng nak buat camtu. Semua benda pun kalau dengan bestfriend kan semangat lebih sikit. So kurang motivasi dah kat situ.

3. Aku kena lebih serious study. By serious I mean put more efforts untuk assignments, jangan study last minute masa quiz or exam, fokus dalam kelas etc etc. Sem ni dean list k ecan! Inshaallah.

Ok enaf. Sebenarnya aku tak plan pun nak tulis resolution. Tetiba ja tertulis pastu aku rasa hambar pastu aku rasa terus nak stop. Mood menulis tu macam suis. Boleh berubah sekali petik ja. Aku dah lain la sekarang. Biasala semua orang berubah. Kalau dulu aku tulis sekecik kecik benda contohnya macam resolution nak baca Quran lebih banyak, nak stop cursing bla bla. Sekarang aku rasa malas dah nak tulis. Bagi aku benda tu letak dalam hati sorang sorang aku ja tahu. Entahla. Nanti kalau tetiba aku tulis pulak benda benda kecik tu jangan kata apa. Benda ni aku pun tak paham sekejap rasa macam tu sekejap rasa macam ni. Biasa le.

Ok ok dah kot! Makin menaip makin hambar terasa. Pukul 10 japgi ada kelas. Nak siap siap nak breakfast. Tataaaa!!! Assalamu’alaikum semua.


4 comments: