>

Wednesday 12 August 2015

After First Year

Assalamu’alaikum readersss

Weh sebulan lebih kot tak blog. Rinduuuuu…

So, what’s up?

Aku sekarang tengah cuti sem yang ketiga. Alhamdulillah dah habis first year dalam Bachelor in Communication (Hons) Journalism. Tengah tunggu result le ni. Cuak sampai aku mimpi failed satu subjek yang memang aku risau tu. Na’uzubillahi min zaalik. Aku aim 4.00 kot untuk sem ni sebab short sem cuma amik 2 subjek, so inshaallah boleh score. Cuma sekarang aku cuak sebab satu subjek tu aku lain machiam sikit. Aku memang kurang puas hati lepas jawab exam haritu.

Tapi takpalah kan since sekarang dah habis dah exam semua. What to do next is doa dan zikir banyak-banyak. Doa mintak result yang cemerlang, dan prepare juga hati untuk segala kemungkinan. Prepare hati untuk redha dengan rezeki yang Allah bagi. Ya Allah, janganla bagi aku tergolong dalam golongan yang tak bersyukur.

Mohon para readers sekalian tolong doakan aku dapat cemerlang ya. Mana tahu ada dikalangan doa hampa yang Allah makbulkan. Mohon ya. Semoga yang baik-baik hampa doa kat aku, Allah bagi balik kat hampa :’D

So, tadi entah kenapa aku semangat semacam nak search top universities dalam journalism. Walaupun muka kering menghadap lappy tapi eksaited tu cuma Allah yang tau. Eksaited plan masa depan. Semangat set goals.

Actually, aku ada dua plan lepas habis degree ni.

First, nak sambung master degree. Aku target overseas universities since aku nak rasa hidup bukan di negara sendiri. Aku nak rasa hidup dalam culture, bahasa, dan geographical background yang berbeza dengan Malaysia. Aku nak belajar semua tu. Nak tengok bumi Allah. Nak duduk tepi tingkap dalam satu café kecik minum hot coffee sambil memandang salji yang turun di luar. Nak order croissant walaupun tak suka just sebab nak sebut krosho laikebos. Nak jalan kat park di tepi sungai pada musim luruh sambil bagi itik makan roti. Nak panjat gunung penat-penat sampai titik peluh berbaloi dengan pemandangan pokok pines yang diselaputi kabus. Nak buka mata classmates pasal Islamophobia dalam class presentation. Nak masak nasik lemak bagi kat jiran sebelah rumah yang tua dan peramah itu. Dan lain-lain lagi… :’)

Cumanya aku belum decide nak apply kos apa untuk master degree nanti. Rilek aku baru habis first year kot. Minat boleh berubah. Buat masa ni dalam kepala aku nak amik Photojournalism since aku memang suka amik gambar (visit my instagram here) walaupun setakat ni gambar kurang motip pun yang aku amik. Chill, next sem baru amik subjek Photojournalism okay. Still got a lot to learn before aku boleh decide nak sambung yang mana.

Columbia University Graduate School of Journalism. the best among the top journalism universities as far as aku gugel. MERAUNGG eksaited seriously aku pikir medic, engine ja ada uni yang focus untuk depa. Journalism... :') ohmai how proud ayem to be part of you

Second plan, nak kerja cari experience. By kerja I mean jadi Photojournalist jugak aha. Serious aku tak membayangkan aku dalam opis keluar cari news pasal crime or politic or entertainment then balik type then hantar kat editor. Aku tak minat lagi buat masa sekarang. Nak masuk broadcasting rupa tak meyakinkan plus banyak pintu fitnah boleh terbuka nanti. Tapi rasa minat jugak lepas aku jadi host dalam talkshow interview Vice Chancellor haritu. Entahla.

Cuma lepas habis first year ni, aku nampak diri aku untuk 2 tahun lagi tengah berdiri di tengah Kota Mesir amik gambaq pak Arab perah susu unta. Aku juga nampak diri aku join humanitarian mission di Syria. Aku nampak aku berdiri atas deck kapal yang sedang belayar di lautan yang subhanallah lawa yang amat sambil mengacarakan satu dokumentari yang mengfokuskan pasal sejarah. Ni ala-ala Jejak Rasul la tapi dengan pengacara muslimah berniqab dan skop lebih luas iaitu seluruh dunia. Aku nampak aku kerja dengan syarikat mat saleh yang aku dinilai dan dihargai melalui hasil kerja dan personality aku, even aku berhijab. 

Tapi apa-apa pun mungkin berubah. Minat aku mungkin dah tak sama lepas habis tahun kedua. Mungkin juga aku tetiba semangat nak jadi the new version of Bob Woodward lepas grad nanti peh pehh. Mungkin juga minat masih sama ke arah Photojournalism tapi rezeki bukan disitu. 

Walau apa pun aku nak minta tolong tolong dan tolongg sangat doakan aku berjaya di dunia dan akhirat okay? Inshaallah habis tahun kedua nanti aku update apa minat and latest aim aku pada masa tu. Semoga jalan mana pun yang aku pilih, semuanya Allah redha. 

p/s : Jangan lupa doakan saudara kita di seluruh dunia yang teraniaya. That's the easiest we could do. 


2 comments:

  1. all the best utk dapatkan four flat! :D

    I really recommend utk sambung lagi :) good one bila awak aim overseas. sy pun dah terimbau2 kenangan yang awak target nak buat tuuuu. talking about Islam to the classmates - in which ada yang still ingatkan Quran was written by Muhammad. -_-' nasi lemak tuuu, jangan buat pedas2 okay. haha haru karang kalau diorang diarrhea.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the prayer :D bestla kan awk dah kat sana, dah travel. bestnya bestnyaa. doakan sy pun dpt peluang camtu jugak tau :)

      kesian dorg belum tau. cabaran besar kan nak bg dorg faham. takut jugak nanti dorg tanya soalan yg kita sndiri taktau nak jawab mesti rasa mcm erghh takut tak byk membantu dorg pulak nak fahamkan islam. mesti sedih kan perasaan tu. huuu.

      hee kang jadi isu cuba racun jiran pulak haha

      Delete