>

Thursday, 22 March 2018

14 Days in Kazakhstan - Departure



Bab 1


Pagi Ahad, 14 Ogos 2016.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


KAZAKHSTAN Summer School whatsapp group:

Me: Can I check in first or wait for others?

Mr Shahid: Just be near the counter.

Prof Azmuddin: Wait so you could sit together.

Azwa: I’ll be there in 10 mins.

Eifa: I am here. Ihsan, where are you?

Mataku melilau mencari kelibat Eifa di celah-celah puluhan manusia yang memenuhi ruang legar di tingkat 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Eifa, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat) di universiti yang sama denganku baru ku kenal beberapa hari sebelum hari pelepasan ini. Berkulit cerah dengan anak mata berwarna coklat cair dan tubuh yang tinggi lampai, dia dengan mudah akan disalah sangka sebagai pelancong asing. Kami berserta seorang lagi pelajar bernama Azwa telah sama-sama terpilih untuk menyertai program Summer School di South Kazakhstan State University yang terletak di Shymkent, South Kazakhstan. Aku mendapat tawaran untuk menyertai program ini sejak awal bulan Mei yang lalu, dan setelah menghadapi pelbagai masalah dan beberapa perubahan plan yang begitu menekan perasaan, seperti tidak ku percaya semuanya telah berlalu dan hari ini ialah hari pelepasan kami bertiga ke Kazakhstan.

Masih aku ingat pertama kali aku berkenalan dengan Eifa di Pejabat Dekan iaitu dua hari sebelum tarikh kami berlepas, aku terus ‘terlihat’ diriku sebagai watak Selena Gomez dalam filem Princess Protection Program, dan Eifa sebagai the Princess, iaitu watak yang dipegang oleh Demi Lovato. Atau kalau dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, aku lah Anjali, dan Eifa adalah Tina. Aku yang kurang bergaya, dia si cantik sentiasa. Aku yang boyish, dia pula si ayu dan manja. Pendek kata, aku punya first impression terhadap Eifa adalah: Wow. I look like a potato next to her.

Sedang aku mencari sosok tubuh seorang Eifa di celahan ramai manusia, telefon bimbitku berdering.

Azwa.
Dia baru sahaja sampai di KLIA dan bertanyakan keberadaanku.

Oh, terlupa pula untuk memperkenalkan Azwa. Azwa merupakan seorang gadis sederhana tinggi dan berwajah sedikit kecinaan. Cuma sedikit. But she’s actually a pure Malay girl. Aku mengenalinya sejak menuntut di semester pertama di Universiti Selangor kerana kami merupakan rakan sekelas. Masuk semester kedua, status kami telah di upgrade menjadi rakan sekelas merangkap rakan serumah dan sebilik, hinggalah sekarang dimana kami telah berada di semester keenam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan). Walaupun Azwa kelihatan lembut dan pemalu, namun dia juga mempunyai sisi gelap dalam sejarah hidupnya dimana dia pernah memasukkan laksa ke dalam lubang hidung adiknya yang masih kecil kerana tidak dapat menerima hakikat dia bukanlah si bongsu di dalam keluarganya lagi. Kedengaran sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun, itu adalah cerita berbelas tahun dahulu ketika dia masih seorang kanak-kanak hingusan. Azwa yang sekarang tidaklah seperti itu lagi. Walaupun kadang kala kami saling mencerca antara satu sama lain, namun Harry Potter, Gossip Girl, our midnight talk and deep conversation menyatukan kami hingga ke hari ini.

Setelah bertemu Azwa yang datang bersama ibu dan ayahnya, kami sama-sama mencari Eifa dan akhirnya bertemu dengannya bersama keluarganya dan juga pensyarah kami, Mr Shahid Leghari dan Dekan fakulti kami iaitu Fakulti Komunikasi dan Media, Professor Dr Azmuddin bin Ibrahim. Mr Shahid dan Prof Azmuddin datang bersama-sama di lapangan terbang untuk menghantar pemergian kami bertiga ke bumi Kazakhstan.

Setelah selesai checked in luggage dan mendapatkan tiket masing-masing, Prof Azmuddin menyampaikan taklimat terakhir. Duit pendaftaran yang akan diberi kepada pihak South Kazakhstan State Universiti (SKSU) juga berpindah tangan. Terasa berat tanggungjawab yang bakal kami bawa ke sana, iaitu sebagai duta kecil Malaysia dan duta universiti kami terutamanya.

Setelah itu kami diberi peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing pada saat-saat terakhir sebelum bertolak. Cuma tinggal lebih kurang 45 minit sebelum boarding time. Aku mengambil kesempatan itu untuk bersarapan mee goreng yang telah dimasak Kaklong pada malam sebelumnya. Kami mengambil tempat di meja di luar restoran McDonalds. Yang menghantarku pada hari itu adalah Kaklong, Abang Syafiq iaitu suami Kaklong, anak tunggal mereka yang berusia setahun lebih, Zaid Al-Khair dan adikku Kimi. Ummi dan ayah tidak dapat datang ke Kuala Lumpur atas kesibukan ayah yang berkerja di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di Kedah.

Kurang 15 minit sebelum boarding time, kami semua berkumpul di hadapan International Flight gate. Usai bersalam-salaman, pipiku dicium oleh Kaklong, ibu Azwa dan ibu Eifa. Ayah Azwa dan ayah Eifa juga beberapa kali mengingatkan kami semua agar saling menjaga keselamatan diri dan barangan. Walaupun ayah dan ummi tiada disitu untuk menghantar pemergianku, sedikit sebanyak aku terasa kasih sayang daripada kepedulian semua yang menghantar kami pergi. Pelbagai pesanan diberikan oleh keluarga masing-masing yang membuatkanku terasa disayangi dan diraikan. Maklum sajalah, kami hanya pergi bertiga dan ketiga-tiga kami adalah perempuan. Malah ini adalah kali pertama bagi setiap orang daripada kami ke luar negara sendirian tanpa keluarga. Tidak hairanlah apabila pesanan yang diberikan juga berlipat kali ganda daripada biasa.

‘Macam ni kah perasaan Harry everytime dia ada dengan keluarga Weasley?’ detik hatiku.

Masa untuk berpisah telah tiba. Kami bergegas ke boarding gate. Langkah kami tergesa-gesa mengenangkan masa yang telah suntuk, namun telingaku sempat menangkap laungan abang dan ayah Eifa, “Take good pictures!” “Jangan bawak balik menantu kat daddy pulak!”. Kami ketawa kecil. Riak wajah yang teruja dan gembira dapat dilihat dari wajah masing-masing.

Setelah menaiki train dan checked in ke boarding area dan berpisah dengan keluarga, perasaan teruja semakin dirasai. The journey has begin!

---------

Kami sedang menunggu di boarding area ketika seorang Uncle Cina menegur kami. Dia bertanyakan urusan kami di Kazakhstan. Apabila kami mengatakan bahawa kami kesana dibawah program universiti, ternyata dia terkejut besar. Katanya Malaysia jauh lebih baik dari segi pendidikan, ekonomi, makanan dan fasiliti, kenapa kami mahu kesana? Aku berkata semuanya atas dasar mahu mencari pengalaman. Dan dia nampaknya berpuas hati dengan jawapanku kerana selepas itu dia tidak lagi mempersoalkan urusan kami ke sana. Malah, dia juga berkongsi sedikit pengalamannya yang telah berbulan-bulan berkerja di Astana, Kazakhstan di sebuah syarikat minyak. Walaupun mendengar beberapa komen negatif seperti tandas di Kazakhstan yang hanya menggunakan tisu dan roti mereka yang keras tidak seperti di Malaysia, semuanya langsung tidak merosakkan mood kami yang sedang teruja untuk kesana. Lagipun kami akan kesana hanya dua minggu, bukan berbulan atau bertahun. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan, fikirku.

Di dalam pesawat Air Astana aku duduk di tepi tingkap seperti yang telah ku tempah sewaktu check in sebelumnya. Sebelahku adalah Azwa, manakala Eifa berada di dua kerusi di hadapanku kerana dia juga mahukan tempat duduk di sebelah tingkap sepertiku. Tidak seperti aku dan Eifa yang sedikit ‘keras’, Azwa adalah seorang yang mudah beralah mengenai hal-hal kecil. Sejenis individu yang malas nak panjangkan masalah.

Penerbangan selama 8 jam kami isi dengan menonton filem, mendengar lagu dan juga tidur. Sekali-sekala aku akan melihat peta di skrin di hadapanku untuk mengetahui kedudukan kami pada ketika itu. Kelihatan pemandangan gunung-ganang yang begitu indah sewaktu melintasi langit Tajikistan. Seakan ku tidak percaya aku sedang melihat pemandangan sebegitu dengan mataku sendiri setelah lamanya memendam keinginan apabila melihatkan panorama sebegitu dalam gambar-gambar di Instagram. Maha besar Allah yang menciptakan alam ini dalam pelbagai bentuk untuk kita terokai. Aku berasa terlalu kecil berbanding semua yang diciptakan Allah. Tetapi mengingatkan bahawa walau kecilnya aku, walau berjuta manusia ada di muka bumi ini, walau beribu batu aku terpisah dengan keluarga, tetapi aku masih di bumi-Mu ya Allah, setiap bisikan hatiku Kau masih mendengarkannya tanpa perlukan sesiapa sebagai perantaraan, membuatkanku terasa begitu dekat denganNya. Aku seolah-olah baru merasakan pergantungan yang begitu besar kepada Allah. Terasa begitu dekat. Alangkah tenangnya hati apabila baru beberapa saat tadi aku berasa begitu jauh daripada tempat pergantunganku (keluarga), kemudiannya Allah menyedarkan aku bahawa Dia lah yang Maha Berkuasa menjagaku walau dimana aku berada.


Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (50:16).

No comments:

Post a Comment