>

Friday 1 May 2015

Pindah Rumah

Assalamu’alaikum

HAI GAISSS!!

Rindunyaa wehhh pada blogku iniiii tsk tsk

Dah sebulan aku tak update anda kan. Huuu. Aku busy weh. Laik seriyuslii. Normal la dah bulan terakhir sebelum final exam, dah jadi lumrah memang hidup akan huru hara. Padahal boleh ja teratur elok-elok kalau aku tak procrastinate semuanya. Namun aku memilih untuk peram keja sekolah lama-lama sampai last minit baru bersilat pagi petang nak buat then tulis kat blog ni yang aku bizi konon konon macam budak kuat setadi la kan. Padahal =..= Marah aku please weh pweaseee!!

Haaaa ok dah dah. Sebenaqnya aku nak cerita ni, sekarang aku bersiaran di rumah baru.

YAY!



Hari ini merupakan hari pertama kami (aku & kawan2) rasmi menjadi penghuni rumah ni. Kami pindah rumah baru sebenarnya hehe. Lepas habis paper ketiga pada 29 April (yes, sekarang tengah final exam), terus mula kemas-kemas barang kat rumah lama. Then kemarin kami bawa masuk barang, kemas bilik di rumah baru. Dan sekarang aku sedang menulis entry sambil dengar suara orang main bola dekat padang, dengan cahaya matahari dan angin masuk bilik. Bilik kami mengadap padang wehh. Sukaaaaa!! Alhamdulillah :)

So far nampak rumah ni okay okay semuanya.

Dari segi keluasan, bilik kali ni besar sikit ja dari bilik rumah lama. Sebab yang ni kami dapat master bedroom. So lebih sesuai nak menampung kami berempat ni (YASS kami stay empat orang satu bilik! Nak jimat kos wey GST GST). Kalau rumah lama kami dapat bilik biasa, I mean bukan master. So bayangkanlah stay 4 orang dalam satu bilik yang bukan master. Baru aku faham perasaan seekor sardin di dalam tin T_T

Kalau bab kemudahan pulak ada pro and cons dengan rumah lama:
Toilet: Bila dah master bedroom harusla ada toilet kan, dan toilet ni okay okay Alhamdulillah. Yang penting air laju , toilet lebih luas dan bersih dan ada mangkuk jamban walaupun shower sangat sadis tskk tskk. Rumah lama tu jamban yang kami sepatutnya pakai takleh guna sebab masalah air. So kalau nak g toilet kena turun dapur. Share ramai ramai. Pernah jugak rumah tu ada masalah air berhari hari. Pernah aku sakit perot time kakak tu mandi. Seriously hampa takmau rasa T_T   
Dapur: Peralatan dapur lengkap, tapi anehnya dapur berada di luar. Owner rumah ni tambah dapur besar ke luar then dia letak dapur gas kat situ. So segala masak masak semua luar. Bahagian yang dia tambah tu still bersambung dengan rumah ni, still tertutup ada pintu semua, tapi malangnya dinding tu tak fully dinding. Dia buat half simen & half jaring. So kalau nak masak-masak nanti kena pakai tudung la T_T 
Laundry: Mesin basuh takdaaa huwaaaaa tu benda penting kot dalam hidup aku T_T. So kami plan nak kongsi duit cari mesin basuh yang murah-murah ja. Membazir weh kalau hantar dobi. Sebulan mau spend RM20 jugakla just untuk basuh baju. Belum lagi kegigihan mencari duit syiling sampai habis duit tabung aku.

TV & WiFi: TV kecik gila hahahahah. Part ni aku seronok gelakkan roommates aku. Sebab seriously aku langsung tak hadap TV. Kat rumah lama pun memang tak tengok. Roommates aku pulak semuanya spesis layan TV. Sebab tu aku gelak HOHOHO terasa tak baik tapi seriyes la aku memang menyampah dengan drama merapu Melayu. Kalau boleh takda TV lagi bagus, ganti dengan mesin basuh. HOHOHO. WiFi pun takda. Ni pun tak efek aku sebab rumah lama ada WiFi pun aku tak share guna. Aku dengan broadband aku ja. Tapi roommates aku perlukan WiFi. Yang ni aku tumpang simpati, sebab WiFi memang perlu untuk assignments atau hiburan.

Lain-lain: Rumah lama lebih dekat dengan surau. Rumah ni jauh sikit tapi still boleh terjaga pagi sebab dengar azan. Bagusla kan kalau nak g surau lebih sikit pahala jalan kaki jauh hehee. Weh surau sini memang terbaik okay, tambah lagi bulan puasa. Kawasan rumah aku ni kawasan orang kaya. Aiman kata iftar sini makan mewah kalah masjid negeri. Dan waktu maghrib & pagi weekend selalu aku dengar ceramah dari surau. Memang bagusla surau ni. Hidup. Kalau bab kedai-kedai pulak, sadis. Kawasan aku ni perumahan sahaja. No kedai runcit, no gerai makan atau segala bentuk kedai pun. Kedai paling dekat ada area depan UNISEL la. Luar dari kawasan taman.

Okay, kalau bab kebersihan pulak, rumah ni better dari rumah lama. Ekceli antara sebab utama kami pindah rumah sebab stress dengan kebersihan yang diabaikan di rumah lama la. Sikap sesetengah penghuni yang kurang bertanggungjawab. Kotor yang melampau tau, bukan sikit-sikit. So kami blah la. Dekat rumah baru ni Alhamdulillah kebersihan dan kekemasan tu agak dijaga, walau tak la bersih macam betul-betul bersih. Tapi okay la.

Kos?? Alhamdulillah rumah yang ni lebih murah. Sewa by room. Master bedroom ni kena RM400. Dan kami stay berempat so sewa sahaja cuma sorang RM100. Kalau boleh aku nak mintak sewa bilik satu lagi yang harga RM350. So, boleh duduk satu bilik 2 orang. Lebih selesa. Tapi lebih costly (2 orang kena bayar RM200, lagi 2 kena bayar RM175). So kena mintak persetujuan yang lain sama. Dan aku tak tertanya lagi till now. Takpalah, stay ja dulu sini. Banding dengan rumah lama, kena bayar by rumah. Satu rumah RM1600. So time ada orang pindah and takda pengganti memang penat la kena bayar.

Keselamatan: Inshaallah, sini lebih selamat. Rumah lama tu berapa kali dah bagi aku sakit jantung. Pintu dapur jarang sangat tutup. Tidur malam pun pintu dapur bukak luas, cuma harap gril ja yang kunci. Pintu pagar depan pulak takda function (anggap la takda pagar T_T). Lampu luar rosak tak berganti. Pernah jugak ada macam cubaan masuk rumah tapi gagal. Still la, sakit jantung kot. Pernah jugak aku turun tingkat bawah jenguk pintu rupanya tak tutup langsung! Ya Allah. Jenis orang kurang bertanggungjawab. Imagine kalau ada orang berniat jahat yang sedar pintu kami tak berkunci? Taktau nak imagine scene apa. Rompak? Rogol? Sembelih?? Rumah baru ni pulak orang-orang dia memang concern bab keselamatan. Gate kunci, grill kunci, tombol kunci, selak lagi. Siap warning kami supaya jangan bukak pintu balkoni atas takut ada yang lupa kunci balik kang bahaya. Bayangkan betapa concernnya? Padahal aku baru imagine buka pintu balkoni luas luas dan lepak sambil baring tengok langit T_T

Bonus: Kelebihan extra rumah ni yang paaaaaling aku suka adalah dia mengadap padang (seperti gambar diatas). Rileks ja mata tengok lapang, hijau. Suka sangat. Satu lagi adalah rumah ni lot tepi so ada halaman luas. Aku taktau lagi boleh ke tak nak bercucuk tanam. Kalau boleh, yay! Aku nak tanam bunga dengan sayur simple, contohnya cili, bawang, or apa apa jelah. 

Kesimpulannya, so far aku nampak rumah ni lebih menjamin keselesaan dan keselamatan berbanding rumah lama. Bukan faktor rumah semata, tapi sebab penghuninya. Letak la dalam villa pun tapi kalau orang tak reti jaga sampai bila pun takkan dapat keselesaan kan. Doakanla supaya rumah ni yang terakhir aku duduk dengan kawan-kawan. Semoga penghuninya semua okay-okay belaka. Semoga lepasni kalau pindah cuma sebab nak pindah ke rumah suami acece (take a hint ayah!) :p 

Oh ya, doakan kelancaran aku jawab exam ni ya. Semoga dean list! Thank youuu

p/s: harini besday adik aku Mohamad Ikmal Mursyidi. Doakan dia berjaya di dunia dan akhirat :)

4 comments: