>

Saturday 20 June 2015

My Nimbus 2000 Story

Assalamu’alaikum

Sebelum ni, aku kat Shah Alam takda transport. Nak kemana-mana semua harapkan orang. Nak beli barang, nak pi dobi, mencari makanan, atau sebarang urusan apa pun semua kena mintak tolong orang. Susah. Bayangkan member taknak keluar, kita kelaparan. Ataupun kita kalut nak setel esaimen ni, member ada hal lain. Susahla nak kacau jadual orang nak uruskan kita pula lagi. So, lepas beberapa sesi meminta belas simpati akhirnya sebuah skuter berjaya kumiliki Alhamdulillah. Thank you ayah I love you! Aku dah namakan skuterku Nimbus sebab rupa dan prestasi dia sesuai dengan nama tu. Hampa tau dak Nimbus tu apa? Jengjeng rahsiaa. Hehe for those who knows will understand.

Btw, why skuter? Sebab aku tak reti bawak motor biasa. Hhoho. Aku ada lesen tapi aku belajar bawak motor masa nak amik lesen tu ja. Dah dapat lesen langsung tak sentuh motor. Masa kecik-kecik dulu rumah aku tak pernah ada motor sebab tu aku tak pandai bawak. Tapi lesen tu amik jugak in case nak guna di masa hadapan. See. Sekarang dah jadi sangat berguna. Thank you Ummi & Ayah I love you both!

Mula-mula beli aku cuma naik skuter keliling taman and kampung berdekatan rumah aku. Sumpah tak berani la naik atas jalan raya. Takut oh. Silap sikit boleh maut aku. Memangla sambil memasak di dapur hatta sedang tidur pun ajal boleh sampai. Tapi takpayahla kan nak konfiden sangat bawak atas jalan rayakalau button signal pun tak kenal lagi mana satu -_-

Sampaila awal bulan 6 ni aku masuk sem3 (dah sem3 ohmy how time flies nanti sedar-sedar dah grad huu ya Allah make it easier for me amin). Maka, ayah pun bawak skuter aku menaiki APV ayah datang ke Shah Alam. Sejak itu bermulalah hidup aku dengan skuter di sini.

Namun, malang tidak berbau. Tahukah anda beberapa hari kemudian aku dah cedera T_T Padahal takda pun kena langgar ke apa. Aku sendiri tersepak bahagian badan skuter aku masa tengah rushing. Menggelupur terus rasa nak meraung sambil melemparkan kata-kata kesat. Namun cuma air mata yang mampu keluar menunjukkan rasa yang teramatlah sakit. SAKIT YANG AMAT WEYY!!!!!

Balik rumah bukak stokin aku tengok luka kat ibu jari kiri. Luka berserta lebam kaler hijau. Waduh waduh. Tapi aku tak pi klinik pun. Harini (setelah hampir 3 minggu kejadian tersebut), aku tengok luka dah lega. Tapi bila tekan-tekan kat kawasan terlibat still rasa sakit.




Then bila aku urut urut siap ada bunyi kreuk kreuk kat bahagian yang tercedera haritu. Omg jari aku patah ke macam mana.? Then aku pun urut kaki kanan bahagian sama, boleh rasa perbezaan antara jari sihat dan jari sakit tu. Serious weh. Aku pun bezakan bentuk tulang ibu jari kanan dan kiri. Weh beza jugak!! Tulang jari kiri aku bengkok baq hangg. Oh my poor jarii. What have I done to youuh~. Bila tengok tak nampak apa-apa pun since luka dah lega dan lebam dah hilang. Cuma tinggal parut sebagai bukti pengkhianatan skuterku terhadapku. But still la aku tak pi klinik. Nak patah ke retak ke takpala hoho yang penting kalau tak tekan tak sakit dan tak nampak cacat. Bila pegang baru rasa tulang timbul sikit.

Selain kisah itu, ada lagi kisah lain sepanjang baru hampir 3 minggu aku bawak skuter kat sini. Pernah aku nak pi Ole-Ole nak baiki (read: beki) kasut. Sampai ke roundabout berdekatan aku nampak ada keta polis tengah-tengah jalan. Tapi takdala dia letak kon tanda Pemeriksaan Polis ke apa pun. So, demi meyakinkan diri yang aku dah cekap bawak skuter dan cekap pasal jalan raya, aku pun dengan konfidennya jalan depan polis dengan muka toya well aku takda salah pun lesen hidup, aku pakai helmet. Takda sebab untuk takut ok!

Tapi tu perasaan beberapa saat sebelum kena tengking dengan polis la.

APA BENDA WEYY KENA TENGKING DENGAN POLIS TENGAH-TENGAH JALAN RAYA. Wey tolongla katakan semua orang yang baru belajar bawak motor mengalami perkara yang sama, atau sekurang-kurangnya yang hampir sama. 

Mana la aku tau yang aku supposed to berenti belakang keta polis tu sampai dia kata jalan baru jalan. Aku yang paling depan kot. Mana aku tau. Takda pun papan tulis suruh berhenti atau sebagainya. Terus aku berenti on the spot tengah-tengah jalan and toleh ke dia dengan muka inosen. Nasib baik dia buat isyarat tangan suruh aku teruskan perjalanan. Kalau dia panggil aku patah balik takke malu yahamat. Hahaha. Bapak polis waiyududistumii. Tega banget kamu lakuin segitu ke akuu. 

Selain kisah itu, aku juga telah dengan konfidennya bawak atas jalan raya dengan rushing nak ke Masjid Negeri sebab takut terlepas isyak berjemaah sebelum nak terawih tanpa aku sedar bahawa aku terlupa memakai topi keledar. Dah sampai jalan raya kot baru aku sedar kepala bugil. Bila dah sedar tu terus bibir takleh henti mengucapkan “astaghfirullahal’azim ecannn astaghfirullahal’azim nur ihsan fadhlina apa nak jadiiii astaghfirullahal’azim” atas motor sebab terlalu terkejut dengan diri sendiri. Terus aku patah balik amik helmet. Tak memasal buang lagi masa yang memang dah suntuk. Alhamdulillah la sempat gak rakaat first dengan imam. Kalau tak taktau nak merajuk dekat siapa.

Setakat ni cuma tu ja kisah pendek aku dengan skuterku. Baru 3 minggu. Semoga takda lagi kejadian kecederaan atau benda-benda memalukan jadi kat aku huwaa. Walaubagaimanapun aku berasa sangat hepi sebab ada kenderaan untuk setel urusan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang sangat macam dulu. Alhamdulillah. Best weh bawak skuter selit selit celah kereta takyah sangkut-sangkut jammed sangat. Part paling best bila bawak kat kawasan kurang sibuk dan boleh bawak laju-laju dengan rasa angin kuat menampar wajahku wahh bestnyaaa. Rindu zaman naik Firebolt kat Hogwarts dulu :’)

Okay btw sebelum aku mengundur diri mungkin untuk berbulan-bulan moleklah kiranya aku mengucapkan Ramadhan Mubarak gaisss!! Jom la kita sama-sama manfaatkan Ramadhan tahun ni dengan sebaiknya. Pulon baca Quran sebanyak mungkin berserta tadabbur sekali. Tak best la kan kalau kita baca punya banyak tapi satu apa kita tak faham apa yang kita baca. So marilah kita baca sekali maksud ayat-ayat Al-Quran tu then hayati betul-betul. Tapi kalau ada yang kita tak faham jangan memandai conclude sendiri tau. Tanya orang yang lebih berilmu supaya faham, atau diam ja dengan cakap dalam hati “Wallahua’lam. Aku belum faham lagi. Tapi semua yang aku baca ni memang benar.” ß ni aku reka sendiri la bukan ada apa-apa dalil ke apa suruh cakap camtu. Aku cuma bagitau diri sendiri jangan memandai reka-reka pemahaman sendiri kalau ayat tu aku tak faham.

Siiru a’la barkatillah.
Tata!

4 comments:

  1. Salam Ramadhan! hehe menarik baca kisah skuter ni. Nimbus 2000 tu broomstick Harry Potter kan?

    Saya tak tahu bawak motor, masa nak ambil lesen kereta dulu ingatkan nak ambik sekali dengan motor. Tapi, fuhhh, memang tak masuklah dengan diri ni. Belajar bawak motor pun ke laut. T_T

    Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenettt! 5 markah utk andaaa. Hehe.

      A'ah tu penyapu first harry.

      Kalau belajar lagi inshaallah boleh awk. Hehe. Sy dulu pun lgsg tak reti. Cuak sgt2. Tapi skrg perghh rasa bahagia sgt pecut naik motor. Seriyess :)

      Salam Ramadhan Mubarak !

      Delete
    2. Amboiiii... racing yer, hais. mcm spam lak momoy nih

      Delete
    3. Hehehee takdala racing Momoy. Tapi enjoy naik skuter heee. Baru sedar bestnya bestnya naik motor. Best kena udara. Tapi bila tgh sesak tak bestla makan asap T.T

      Delete