Bab 3
Penerbangan dari Almaty ke
Shymkent mengambil masa kurang satu jam. Disebabkan tiada jaminan halal bagi
makanan yang disediakan Air Astana untuk penerbangan Almaty – Shymkent, jadi
kami hanya mampu melihat chicken sandwich
yang terhidang di dalam kotak makanan yang diberikan. Berbeza dengan
penerbangan Kuala Lumpur – Almaty yang makanan yang dihidangkan telah dijamin
halal seperti yang dimaklumkan oleh Kembara Sufi Travel and Tours, iaitu agensi
yang kami gunakan untuk menempah tiket penerbangan tersebut.
Sebaik mendarat di Shymkent, Eifa lantas
memaklumkan ketibaan kami kepada ayahnya yang kemudiannya disampaikan pula
kepada ibu bapaku dan Azwa. Aku masih tidak dapat menghubungi sesiapa dek
kerana belum mendapat sambungan internet. Rasa keterujaan yang kami bertiga rasakan
sedari tadi semakin bertambah kini setelah sampai di Shymkent, tempat dimana
kami akan meluangkan lebih sepuluh hari yang akan mendatang. Namun kini rasa
teruja itu turut juga disertai dengan sedikit rasa gementar. Gementar untuk
bertemu dengan pihak yang akan menjemput kami nanti. Gementar untuk tinggal
bersama keluarga yang belum kami kenal.
Sedang kami menunggu ketibaan
bagasi, ada suara yang menegur kami dari belakang.
“Are you from Malaysia?”
Terus aku terfikir terkenal
sangatkah Malaysia sampai orang mampu meneka dengan hanya melihat wajah kami?
“I am Professor Ordabay from South Kazakhstan State University and this
is my student, Aika,” ujar lelaki berwajah ala Korea yang menyapa kami,
lantas menjawab persoalan aku tadi. Bersamanya adalah seorang gadis berwajah seakan-akan
bangsa Cina yang tersenyum mesra, namun riak wajahnya kelihatan sedikit
gementar. Mereka bukanlah random people
yang dapat meneka secara random
berdasarkan rupa paras kami, tetapi kerana kedatangan kami telah diberitahu
jadi sudah tentulah mereka dapat meneka. Aku terasa lucu dengan fikiranku
sebentar tadi. Mungkin keletihan yang disebabkan oleh perjalanan jauh membuatkan
otakku sedikit lambat memproses maklumat. Blur
semacam.
Lelaki yang menyapa kami tadi
tersenyum mesra menyerlahkan lagi mata sepetnya. Ketinggiannya lebih kurang separas
aku dan Azwa. Berdasarkan pengenalannya tadi, kami serta-merta mengenali beliau
yang merupakan rektor SKSU kerana kami telah diberitahu terlebih dahulu akan
senarai orang yang terlibat di dalam program kami. Seperti yang Professor
Azmuddin pernah menyebut tentang budaya menghargai tetamu yang begitu diamalkan
di Kazakhstan ini, kini kami dapat mengalaminya sendiri apabila rektor
universiti sendiri sanggup meluangkan masa menjemput kami di lapangan terbang. Kalau
di Malaysia mungkin pihak universiti akan menghantar pensyarah untuk menjemput
pelajar pertukaran, atau mungkin dekan. Tetapi yang menjemput kami adalah
rektor sendiri, atau lebih senang difahami sebagai ketua bagi universiti
tersebut. Sungguh terasa dihargai!
Lantas mereka membawa kami ke
kereta dan bertolak ke rumah yang akan kami diami selama sepuluh hari, iaitu
rumah bapa saudara Aika. Di dalam perjalanan kami mengambil kesempatan
berkenal-kenalan dengan Aika. Oh, pada masa ini kami bertiga masih menyangkakan
Aika adalah Dr Irina Efimova yang berutus email dengan Professor Ordabay
berkenaan proses kedatangan kami. Mungkin kerana pelat bahasa Inggeris mereka
membuatkan kami tersalah dengar semasa sesi pengenalan tadi. Jadi, apabila
mengetahui dia merupakan pelajar jurusan Veterinar di SKSU dan umurnya baru
sahaja 21 tahun membuatkan kami kebingungan tetapi dalam masa yang sama sangat
kagum dengan pangkat doktornya. Umur dua puluh satu sudah mendapat phD! Please teach me how, sifu!! (Setelah beberapa hari tinggal bersamanya barulah kami tahu nama sebenar Aika dan dia belum berpangkat doktor).
Perjalanan dari airport ke rumah yang mengambil masa
lebih kurang setengah jam itu membuatkan kami kerap menahan nafas gementar dan
beberapa kali hampir menjerit kecil. Manakan tidaknya, kereta yang kami naiki
beberapa kali terasa nyaris bertembung dengan kereta lain. Bunyi hon yang
berselang-seli menambahkan lagi gementar di hati kami.
“Is this how Kazakhstan people drive? Oh my God I really don’t wanna die
here! Australian confirm boleh sakit jantung kalau datang sini,” bisikku
didalam hati mengingatkan cerita abangku mengenai cara masyarakat Australia
memandu kereta yang menurutnya sangat berhemah. Menurut abangku yang telah dua
kali berkunjung ke negeri kangaroo itu, orang Australia sangat mematuhi had
laju yang ditetapkan di jalan raya, sekalipun semasa jalan lengang. Selain itu,
mereka juga sedar akan kepentingan memberi signal apabila hendak memasuki
simpang. Kalau bab signal ni, Australian datang ke Malaysia pun boleh sakit
jiwa, fikirku. He he.
Sempat aku menukar pandang dengan
Azwa dan Eifa. Riak wajah mereka menggambarkan perasaan yang sama denganku. I feel you, girls!
Tidak lama kemudian kami tiba di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat bersaiz sederhana. Syukur selamat sampai. Mengingatkan pengalaman di jalan raya tadi membuatkan aku berasa possibility untuk sampai dengan selamat itu agak rendah. Haha.
Berbalik kepada rumah yang kami baru tiba itu, pintu pagar rumahnya sangat tinggi dan tertutup sepenuhnya, sama seperti kebanyakan design rumah yang aku lihat di dalam cerita Jepun dan Korea. Di sebelah pintu utama tersebut terdapat pintu yang aku dapat teka sebagai garaj kereta. Kemudian sebuah pintu kecil bersaiz standard seperti pintu bilik yang terletak di sebelah pintu utama tersebut dibuka. Keluar seorang lelaki kurus dan tinggi serta berkepala sedikit botak di bahagian hadapan. Riak wajah lelaki tersebut kelihatan tidak terlalu mesra, tetapi tidak juga masam wajahnya. Dia terus membantu mengangkat beg pakaian kami masuk ke dalam rumah walaupun ditegah oleh kami. Aku meneka dia mungkin pekerja di banglo tersebut dan mungkin dia berasa adalah tugasnya untuk membantu mengangkat beg kami. Tanpa aku tahu bahawa dia lah tuan rumah yang bakal kami diami itu! Sangat merendah diri dan menghargai tetamu.
Berbalik kepada rumah yang kami baru tiba itu, pintu pagar rumahnya sangat tinggi dan tertutup sepenuhnya, sama seperti kebanyakan design rumah yang aku lihat di dalam cerita Jepun dan Korea. Di sebelah pintu utama tersebut terdapat pintu yang aku dapat teka sebagai garaj kereta. Kemudian sebuah pintu kecil bersaiz standard seperti pintu bilik yang terletak di sebelah pintu utama tersebut dibuka. Keluar seorang lelaki kurus dan tinggi serta berkepala sedikit botak di bahagian hadapan. Riak wajah lelaki tersebut kelihatan tidak terlalu mesra, tetapi tidak juga masam wajahnya. Dia terus membantu mengangkat beg pakaian kami masuk ke dalam rumah walaupun ditegah oleh kami. Aku meneka dia mungkin pekerja di banglo tersebut dan mungkin dia berasa adalah tugasnya untuk membantu mengangkat beg kami. Tanpa aku tahu bahawa dia lah tuan rumah yang bakal kami diami itu! Sangat merendah diri dan menghargai tetamu.
Ketibaan kami disambut mesra oleh
seluruh penghuni banglo itu yang terdiri daripada kira-kira 9 orang dewasa dan
lebih kurang 5 atau 6 orang kanak-kanak. Mereka menyapa kami menggunakan bahasa
mereka yang tidak kami fahami, tetapi serasaku kami tidak salah dalam menafsir
apa yang cuba disampaikan melalui riak wajah dan bahasa tubuh mereka. Mereka
memperkenalkan nama masing-masing, tetapi sudah tentu kami tidak dapat
mengingati kesemuanya dek kerana nama yang tidak familiar bagi rakyat Malaysia. Yang kami ingat hanyalah Aika yang
pada masa itu masih kami sangka sebagai Dr Irina, Ersultan iaitu sepupu Aika
namun pada masa tersebut kami menyangkanya sebagai abang Aika kerana dia memperkenalkan
Ersul sebagai “my brother”, dan juga
Narbek, iaitu sahabat Ersultan yang menjadi translator
bagi memudahkan komunikasi kami dengan keluarga tersebut. Mereka bertiga
kelihatan berumur lebih kurang awal dua puluhan sama seperti kami, membuatkan
kami berasa lebih mudah untuk beramah mesra. Kami kemudiannya dibawa melihat
sekeliling rumah tersebut.
Terdapat empat buah bilik tidur,
sebuah bilik belajar dan sebuah bilik mandi di tingkat atas rumah itu. Kami
ditempatkan disebuah bilik yang cukup selesa untuk didiami tiga orang dewasa.
Dua buah katil dan sebuah sofa yang boleh diubah menjadi katil disediakan untuk
kami bertiga. Terdapat juga sebuah almari besar yang menempatkan dua buah
almari pakaian dan sebuah meja belajar. Ku lihat buku-buku di rak tersebut
semuanya menggunakan tulisan Cyrillic, dan kelihatan seperti buku kanak-kanak.
Mungkin bilik yang kami duduki ini kepunyaan dua orang anak kecil tuan rumah
ini, telahku. Kemudian aku melihat keluar jendela. “Ada kolam renang! Ya ampun,
heavennn!” jeritku sekuat hati di
dalam hati meluahkan rasa teruja.
Kami juga sempat bertanyakan arah kiblat kepada mereka. Mereka memandang sesama sendiri seolah-olah kurang pasti apabila kami menyebut “qiblah, solah, prayer”. Kami menyebut secara random perkataan-perkataan yang berkaitan dengan solat kerana penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang kurang. Maksudku, jika kami bercakap menggunakan bahasa Inggeris lengkap dalam satu ayat pasti akan lebih sukar untuk mereka fahami.
Kami juga sempat bertanyakan arah kiblat kepada mereka. Mereka memandang sesama sendiri seolah-olah kurang pasti apabila kami menyebut “qiblah, solah, prayer”. Kami menyebut secara random perkataan-perkataan yang berkaitan dengan solat kerana penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang kurang. Maksudku, jika kami bercakap menggunakan bahasa Inggeris lengkap dalam satu ayat pasti akan lebih sukar untuk mereka fahami.
“Namas?” makcik-makcik di rumah tersebut menyoal kami kembali. Kami
menjadi bingung. Namas tu apa? Selepas dijelaskan oleh Narbek barulah kami tahu
bahawa namas bermaksud solat. Lalu Narbek menunjukkan arah kiblat kepada kami.
Kemudian kami dibawa melihat
bilik mandi. Di dalam bilik mandi tersebut terdapat pula sebuah ruang kecil
bertutup yang menjadi tempat untuk mandi. Inilah rahsia bilik mandi mereka
sentiasa kering; kerana mereka hanya membasahkan ruang mandi, tidak seperti di
Malaysia yang mana adalah sesuatu yang normal untuk membasahkan seluruh bilik
mandi. Selain itu, bilik mandi mereka juga tidak basah keseluruhan kerana
mereka tidak menggunakan air untuk bersuci di tandas. Mereka hanya menggunakan
tisu sama seperti kebanyakan negara Barat. Baru lah aku tahu kenapa mood watak dalam game The Sims ku berkurangan setiap kali seseorang meninggalkan
tandas dalam keadaan basah. Itu merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan di
kebanyakan negara yang mengamalkan budaya begini!
Kemudian kami dibawa pula melawat
tingkat bawah rumah banglo tersebut. Ruang tamu mereka dibina bersambung dengan
ruang makan. Pemilihan cat dan lampu yang memancarkan cahaya kekuningan
menjadikan ruang tersebut kelihatan mewah dan selesa. Bertentangan dengan ruang
tamu adalah sebuah pintu untuk ke dapur basah. Terdapat sebuah meja makan di
dapur basah untuk kegunaan keluarga dan juga kaunter dapur yang berwarna perak
dan merah. Di sebelah dapur pula terdapat sebuah tandas yang juga menjadi
tempat mendobi pakaian. Tandas mereka sangat kering sama seperti tandas di
tingkat atas.
Selesai menjelajah seluruh ruang awam
di dalam rumah tersebut, langkah kami mengekori tuan rumah keluar dari rumah
pula. Aku melihat ada sebuah gazebo bersebelahan dengan garaj kereta. Di depan
rumah pula terdapat sebuah taman kecil yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan
seperti lavender, pokok epal, cili, dan banyak lagi. Tuan rumah menunjukkan
kepada kami tumbuhan yang menjalar di atas para bersebelahan gazebo tersebut;
anggur. Aku berasa sangat teruja. Bagiku semuanya tentang rumah itu sangat-sangat
aku sukai. Maklumlah, sejenis mudah teruja. Lavender, anggur, epal. Wahh. Jadi
bayangkanlah apa perasaanku apabila mereka menunjukkan sauna dan bilik snooker
di belakang rumah mereka. Walaupun mukaku kelihatan bersahaja, namun percayalah
setiap organ di dalam badanku melompat terkinja-kinja hingga hampir kekejangan melihatkan
semua itu. Soooo cooolll!
Seusai melihat rumah, kami
dijemput untuk makan malam. Semangkuk buah-buahan seperti epal, tembikai dan
pisang dihidang di atas meja. Di sebelahnya terdapat potongan kek, biskut, seteko teh dan
juga sekotak jus epal. Kami menjamah makanan sambil berbual mengenai perjalanan yang
panjang tadi. Kemudian satu persatu makanan dibawa keluar dari dapur basah
hingga akhirnya meja kami dipenuhi pelbagai juadah. Hatiku melonjak riang
apabila melihat nasi dan ayam. Mungkin mereka telah study terlebih dahulu mengenai Malaysia dan selera penduduknya, jadi
kerana itulah mereka menyediakan nasi instead
of roti, walaupun makanan ruji mereka adalah roti. Namun, masakan nasi
mereka tidak sama dengan nasi di Malaysia. Nasi yang dihidangkan ini adalah
sedikit melekit, kata Azwa seperti nasi di Jepun. Ayam pula dimasak dengan
margerin dan bawang putih, lebih kurang seperti butter chicken di
Malaysia. Bercerita kembali tentang makanan ini sekarang membuatkan aku menelan air liur. Rindu. Sungguh.
Aku lihat disebelahku ada semangkuk kuah berwarna seolah-olah sup
yang dicampur dengan kicap. Mungkin kuah untuk dimakan dengan nasi, fikirku.
Baru sahaja aku hendak mencedok kuah tersebut tiba-tiba mataku terlihat Ersul
yang duduk bertentangan denganku. Dia sedang minum air di dalam mangkuk
tersebut begitu sahaja. Mataku tergerak melihat di bahagian air. Barulah aku
perasan teko teh yang aku lihat tadi dihidangkan bersama mangkuk-mangkuk di sekelilingnya.
Mujur sahaja aku tidak terus mencedok ‘kuah’ tersebut ke dalam pinggan nasiku.
Oh, teh rupanya. Atau juga lebih dikenali dengan nama chai oleh orang disana, Narbek memberitahu kami.
Selesai makan malam, Professor
Ordabay pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Kami menawarkan untuk
membantu mencuci pinggan mangkuk, namun ditegah keras oleh tuan rumah. Jadi,
kami pun naik ke bilik untuk mengemas pakaian, berehat dan menghubungi keluarga
menggunakan wifi kepunyaan keluarga ini. Barulah aku dapat membuka whatsapp dan
memuatnaik gambar di dalam Instagram setelah hampir seharian tidak mendapat
sambungan internet. Badan yang letih dan tilam empuk tetap tidak berjaya
membuatkanku tidur awal dek kerana masih teruja dan seolah-olah tidak percaya
aku telah sampai disini setelah berbulan-bulan persediaan.
No comments:
Post a Comment