Assalamu'alaikum & hai
Hujung minggu lepas aku dengan kawan-kawan sekolah pi Hatyai, Thailand. Actually, kawan-kawan aku dah plan percutian ni sebulan lebih dah. Aku ja yang baru decide nak join seminggu sebelum pi. Nampak Sya tweet pasal nak bercuti, aku pun mencuba nasib dengan membalas "Syoknya depaa pi Thailand". Sekali Sya balas "Jommm". Memang melompat lah aku punya excited. Maka, aku pun ikut. Ahaha.
Since beberapa orang mintak itinerary untuk short trip ni bila tengok aku post gambar dekat Instagram, jadi aku share sini lah ya. Sebagai rujukan orang lain dan kenangan untuk kami sendiri, disamping nak menaikkan trafik blog aku. Kah!
So, here we go:
Kami ambik ETS dari Alor Setar (Anak Bukit) ke Padang Besar pagi Jumaat, pukul 7.33am. Ambik train pagi sebab train nak ke Padang Besar pun memang pagi, iaitu pukul 9.55am (waktu Malaysia -- Thailand lewat sejam dari Malaysia). Kaunter tiket ke Hatyai buka pukul 9am, dan menurut pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah pergi, orang akan ramai sangat beratur untuk beli tiket tu. Jadi memang kena awal lah.
Tiket ETS Anak Bukit - Padang Besar = RM5.20
Sampai ja Padang Besar terus kami beratur untuk beli tiket Hatyai. Betul cakap orang, memang line nak beli tiket tu panjang. Mujur kami antara yang di depan. Sementara dua daripada kami beratur beli tiket ke Hatyai, lagi tiga orang beratur dekat kaunter imigresen siap-siap. Lepastu semua kena isi Departure Card sambil beratur untuk cop imigresen Malaysia, and then cop imigresen Thailand. Make sure masa dekat imigresen Thailand tu depa cop dekat passport/border pass dan juga Departure Card tau. Bahagian imigresen Malaysia pula cuma akan cop kalau system down ja. Kalau tak just scan, tak perlu cop, Settle semua, terus masuk train kena duduk ikut nombor tiket.
Tiket kereta api Padang Besar - Hatyai = 50 THB/person
Warna hijau atas ni adalah tiket Padang Besar - Hatyai. Warna biru pulak adalah Departure Card yang aku cakap tu. Isi semua, dan nanti make sure dia koyakkan bahagian Departure Card. Bahagian Arrival pulak kena simpan, balik nanti dia mintak. Jangan hilangkan pulak!
Atas kiri: Weyyy excited dia ya Allah tak tergambarkan bila nampak train ni. Kereta api klasik open air, which means tingkap terbuka! Alhamdulillah, rezeki. Sebab aku baca ramai nak naik train ni tapi tak dapat. Tak pasti pulak memang ikut nasib atau memang ada hari-hari tertentu akan dapat naik train ni. Klasik sangat. Siap bunyi dongg donggg every few minutes. Angin tiup tudung hang sampai melengkung masuk ke dalam. Selekeh pun redha ja sebab excited naik train open air punya pasal.
Atas kanan: Kawan-kawan aku semua pakai Border Pass (warna biru). Boleh buat dengan harga RM10 dekat UTC/Pejabat Imigresen dan valid selama setahun. Cuma rakyat Perlis, Kedah, sebahagian Perak & Kelantan yang boleh guna Border Pass. Lain dari tu kena buat passport lah. Passport RM200 valid lima tahun.
Bawah kiri: Itu passport aku. Sepatutnya rakyat Malaysia yang keluar dari Malaysia tak payah kena cop pun dekat imigresen Malaysia. Aku ada cop Malaysia tu sebab system down masa tu, jadi dia cop. Masa balik dia just scan ja passport aku ni.
Tapi make sure dekat imigresen Thailand kena cop tau both pergi dan balik. WAJIB cop! (Gambar tu aku ambil sebelum melepasi imigresen Thailand). Kena alert pasal ni sebab banyak kes yang imigresen Thailand ni pedajal orang. Dia tak cop, lepastu bila nak balik nanti kecoh habis sebab masuk takda record seolah-olah masuk dengan cara tak sah. Bahaya. Depa buat macam tu so that nanti bila kita nak settlekan masalah yang depa sendiri saja buat tu, kita akan dikenakan charge. Jadi make sure tengok dia betul-betul cop both dekat Departure Card & juga passport/border pass masa dekat imigresen Thailand. Bayangkan hang tengah bersuka ria dekat sana lepastu kena tahan polis ke apa untuk check passport lepastu passport hang takda cop. Mampos.
Bawah kanan: Ini dalam train. Duduk empat seat menghadap satu sama lain. Seat bernombor, jadi ikutlah nombor demi mengelakkan kekecohan dikemudian waktu. Ada kipas ja. Namun, itu bukanlah satu masalah sebab train laju takdanya nak rasa panas ke apa. Tandas pun ada dalam train ni tapi aku lupa nak masuk tengok keadaan dalam dia. Thanks Paan sebab bagi aku duduk sebelah tingkap walaupun sebenarnya aku dapat aisle seat.
Muka teruja nak ke Hatyai dengan kereta api klasik. In case aku terlupa (accident hilang ingatan ke apa) di kemudian hari, dari kiri adalah Azreen, Paan, Sya, Tien Nanie, dan aku. Semuanya kawan satu batch masa sekolah dulu.
Sim card = 240 THB -- free unlimited internet 4G for 1 week
Masa dalam train tu ada orang masuk jual sim kad ni. Cukup sangat lah kalau nak pi dua hari macam kami ni. Kongsi berlima, sangat berbaloi. Hotel memang ada wifi, tapi zaman sekarang zaman internet. Segalanya perlu internet. Perlu untuk order Grab, search tempat, dan update insta story. Insecure sangat zaman sekarang ni kalau pi tempat orang takda internet.
Anyway, dalam train pun ada orang jual duit tukar Malaysia dengan Thailand. Rate dia 7.90 THB. Kami tak tukar sebab dah tukar dekat Alor Star 100 THB = RM12.43. Bab rate duit ni aku sampai sekarang tak berapa faham. Adakah ini yang dikatakan pelajar komunikasi lemah Matematik? Huh.
Pemandangan dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam, tak silap aku. Lupa nak tengok jam. Banyak view yang lebih menarik tapi aku tak sempat snap.
Sampai ja dekat Hatyai Junction (train station) terus kami panggil Grab untuk bawa ke hotel kami. Padahal walking distance 5 minit ja iaitu dalam 1km. Huahua. Taktau jalan punya pasal malas nak bersusah-susah cari.
Train station - Florida Hotel = 85 THB (Grab)
Florida Hotel, Hatyai
Tadaaa! Ini hotel kami booking dekat Agoda.
Deposit 200THB. Booking satu malam lebih kurang RM130.
Pesanan khidmat masyarakat : Jangan letak location hotel di media sosial selama mana anda stay dekat situ sebagai langkah keselamatan. Kita taktau siapa yang perhati. Dah balik nanti nak post sekali number bilik pun post lah.
Bilik kami ada dua katil queen. Saiz yang luas, selesa diinapi oleh lima orang dewasa dengan barang-barang mereka. Malamnya kami gabung katil, boleh tidur berlima. Bantal extra pun ada ja. Aircond, bath tub, TV, peti ais, WiFi semua lengkap. Slack nya cuma satu -- takda iron. Kawan aku pilih hotel ni sebab kawan dia pernah stay sini kata ada iron. Mungkin depa dah tarik balik. Perempuan tak dibagi iron, hang rasa? Sobs.
Letak barang, siap-siap terus keluar cari nasik. Lapar. Check Google Map lokasi Florida Hotel ke Hamid Restaurant masih di dalam jangkauan pejalan kaki. Maka kami pun mula berjalan. Ada tuk-tuk (kenderaan awam 'traditional' di Thailand) panggil naik, tapi kami tak layan. Dari satu lorong ke satu lorong berjalan, sampai mula lenguh kaki, restorannya tak nampak-nampak pun. Dahla lapar. Last sekali kami tahan jugak tuk-tuk. Kena 80 baht, jarak tak jauh mana pun.
TIPS:
+ Bargain harga tuk-tuk. Masa ni kami lapar jadi takda dah nak banyak songeh. Kalau compare dengan Grab, usually tuk-tuk charge double (or almost double) dengan harga Grab. So after that every time kami nak naik tuk-tuk mesti bargain dulu sampai dapat harga yang lebih sikit ja dari Grab. Kalau tak dapat jugak, kami tolak la tuk-tuk tu. Banyak kali jugak bila tolak tuk-tuk akan panggil balik dan bagi harga yang kami mintak. Kadang dia tak mengalah jugak. Bila tak, berhimpitlah kami di dalam Grab.
+ Buat banyak akaun Grab (satu emel satu akaun). Dengan Grab boleh dapat promo code discount.
Hamid Restaurant
Di sini kami lunch nasi putih, tomyam merah, telur bungkus, kerabu maggi, daging masak merah, dan air teh. Total lima orang 970 THB, which is quite pricey tapi okay lah sebab memang lapar nak cari nasik.
Dari Hamid Restaurant terus order Grab ke Samila Beach, Songkhla. Jarak perjalanan agak jauh iaitu dalam satu jam. Berhimpit lima orang dalam Toyota Yaris. Kisahnya kami dah cancel kereta ni sebab tau kecik, tapi lepas order lagi (guna akaun berlainan) still dapat kereta sama. Dua kali cancel, akhirnya kali ketiga masih dia, kami pun terima jela.
Hamid Restaurant - Samila Beach (Grab) = 580 THB
Samila Beach
Samila Beach sesuai untuk beriadah biasa-biasa. Mandi pantai, naik kuda, jalan-jalan. Pantainya cuma biasa. Kalau nak pantai cantik betul, tak payah la susah-susah ke Samila Beach okay. Better hang pi Krabi, takpun Langkawi ja haha.
Kami tak naik kuda, tapi ada tanya harga.
Duduk atas kuda untuk ambil gambar = 50THB/person
Naik kuda (round pantai) = 150THB/person
Samila Beach ni ada dua lagenda. Satu, pasal perempuan duyung yang kononnya pernah dilihat dekat pantai ni oleh seorang lelaki. Duyung tu tengah sikat rambut menggunakan sikat emas, lelaki tu nampak, duyung terus terjun balik tertinggal sikat dia. Lelaki tu simpan untuk bagi next time dia jumpa duyung tu, tapi duyung tu tak munculkan diri dah lepastu. Maka, ada lah satu tugu duyung kat tepi pantai tu dinamakan The Golden Mermaid. Tapi aku tak letak gambar tu kat sini.
Satu lagi kisah tiga ekor binatang iaitu kucing, tikus dengan anjing yang curi magic crystal daripada seorang lelaki. Masa depa berenang ke tepi, kucing dengan tikus tenggelam dan menjadi dua buah pulau (boleh nampak dari tepi pantai). Anjing berjaya sampai ke tepi tapi penat sangat lalu dia pun mati, lalu menjadi bukit. Kristal yang dicuri pulak musnah dan jadi pasir pantai yang putih.
Disamping datang ke Samila Beach untuk mengisi itinerary, kami juga kemari demi mencari aiskrim kelapa! Sedap weh. Kawan aku yang pernah rasa aiskrim kelapa Sangkaya kata yang ni lagi sedap. Aku tak pernah rasa Sangkaya jadi aku tak boleh compare. Tapi ini memang rasa kelapa elok, nice. Ada potongan roti keras kat dalam dia, aiskrim kelapa, buah yang warna jernih selalu ada dalam ais kacang tu, kacang, dan sweet potato kalau tak salah aku yang warna oren tu. Recommended!
Coconut ice cream = 35 THB
Air teh (tiada dalam gambar) = 20 THB
Air mineral = 7 THB
Buah = 20 THB
Dalam pukul 3.30 petang kami pun bertolak ke Masjid Songkhla, juga menaiki Grab yang sama. Oh ya, lupa nak cerita. Driver Grab yang kami naik tu dulu tinggal kat Johor selama enam tahun. Jadi dia memang pandai Bahasa Melayu. Ramah semua elok. Jadi disamping menjadi driver, tak pasal-pasal dia jadi tukang ambil gambar dan kena translate itu ini.
Masjid Songkhla
Driver Grab ni ada cerita, sepanjang dia bawak orang Melayu naik Grab dekat Thailand ni, tak pernah sesiapa yang minta untuk bawa ke masjid. Mungkin depa solat jama' dekat hotel. Tak kisah la bab tu. Tapi nak ingatkan jugak, solat adalah benda pertama akan disoal di akhirat nanti. Solat out, memang tak survive lah kat akhirat sana. Jom kita jaga solat walau bercuti ke mana pun ya, gais.
Samila Beach - Masjid Songkhla = 450THB (Grab)
Khlong Hae Floating Market
Lepas solat kami pun bertolak ke Klong Hae floating market. Tempat ni buka pukul 4pm - 8pm. Sangat insta friendly. Snap celah mana pun rasa cantik ja gambar sebab colorful. Kami sampai dalam pukul 5pm. Jalan-jalan beli beberapa jenis street food dan air. Orang ramai, nak duduk pun berebut meja. Anjing pun 'ramai' gak berjalan rilek sana-sini. Kita pandai-pandai elak.
Masjid Songkhla - Khlong Hae floating market = 123THB (Grab)
Kat floating market ni kami beli telur puyuh, air kelapa dalam bekas tanah liat Hello Kitty, laicikang, banana pancake, kentang spring, telur apa tah (macam dadar), total dalam 1000THB
Semua makanan ni kami beli kongsi lima orang. Beli habuan nak merasa sorang sikit ja. Bukanlah nak bagi kenyang betul pun. Kat sini jugak ada seorang adik perempuan tegur aku, "Ni kakak Ikmal ka?" Tak ke aku terkejut beruk kat Thailand tetiba ada orang kenal haha. Rupanya kawan adik aku. Dia follow Instagram aku jadi mungkin sebab tu dia kenal muka kot.
Kat sini jugak aku ada beli souvenir sikit iaitu passport cover dan juga beberapa helai baju untuk family. Aku check harga passport cover custom made (ada nama & charm) dekat floating market ni dengan dekat Lee Garden sama ja. So, beli lah mana-mana pun yang hampa senang, kalau nak lah. Selain passport cover, ada jugak pouch kecil, tempat letak name card dan sejenis dengannya yang boleh di custom made jugak.
Passport cover = 140THB + 100THB
Baju 3 helai = 480THB
Wine Village
Walaupun nama dia wine, dan mungkin memang tempat wine (tak pasti) tapi boleh ja pergi sebab deco dia cantik. Masuk ambik gambar tak perlu bayar pun. Jadi takda isu kita contribute dekat perniagaan arak. Jangan risau ya. By this time kami memang dah penat, peluh, kepam semua ada dah. Seharian merayau sampai sakit badan.
Floating market - Wine Village = 137 THB (Grab)
Tengok gambar last, itu aku melayan para peminat. Ajak selfie kemain laju sampai berlanggaq hang aku. Lihatlah wajah-wajah teruja mereka dapat selfie dengan idol dari Malaysia. Kah!
ASEAN Market
Asean Market ni tempat shopping dengan makan ja. Kami cuma spend time shopping disini sebab baru food hunting dekat floating market siang tu. Baju, kain pasang, phone casing, street food segalanya ada kat sini. Aku cari makanan kering untuk dibuat souvenir tak jumpa pulak.
Aku baca orang tulis menyesal tak beli phone casing banyak-banyak sebab sangat murah. Tak pasti dia beli kat mana kat Hatyai ni, tapi aku beli kat Asean Market ni kena 150THB, which is lebih kurang RM12. Tak la murah sangat, tak la mahal. Orang puji casing aku cantik, jadi aku puas hati lah. Berbaloi, considering betapa kedekutnya aku haha. Tapi lupa nak snap casing tadi nak tunjuk sini.
Baju dua pasang = 580THB
Wine Village - Asean Market = 85THB (Grab)
Kat sini jugak aku dah tukar lagi RM100 duit aku ke baht. Mulanya aku cuma bawak RM200 untuk shopping. Lepastu tak cukup T_T . Tukar rate sini 7.70THB, jadi aku kerugian dalam RM3 berbanding masa aku tukar kat Kedah. Konon trip Hatyai sebagai trip budget. Habis RM300 jugak untuk shopping. Pfft.
Dari Asean Market kami pun balik ke hotel. Balik mandi, solat. Fresh gila bila mandi lepas badan dah melekit macam hapa. Lepas mandi kami keluar lagi ke Odien. Kat sini ada 7E.
Florida Hotel - Odien = 35 THB (Grab)
Siapa sampai Hatyai sila lah melawat 7E depa. 7E banyak merata tempat, dan barang-barang dalam tu banyak yang menarik daripada 7E kita. Skincare berlambak dan semua packaging kecik-kecik yang berguna untuk travel, makanan segera yang beli terus masuk oven tu pun banyak -- burger, sandwich, etc. Dan macam-macam lagi. Kami beli megi cup perisa tomyam sebagai makan malam. Letak air panas siap-siap, makan atas tuk-tuk dalam perjalanan balik ke hotel. Hari kedua pun singgah 7E jugak, hence gambar ais krim dibawah pada siang hari.
Odien - Florida Hotel = 80 THB (Tuk-tuk)
Balik hotel, pengsan sampai esok.
Keesokan harinya, iaitu hari kedua merangkap hari terakhir disini, kami pun siap-siap dan terus kemas barang untuk check out hotel. Sebabnya, ada beberapa tempat lagi yang nak dituju dan kereta api berlepas pukul 1 tengah hari. Jadi, nak cepat kena check out siap-siap so tak payah nak rushing balik baru nak kemas pulak lagi nanti.
Chabura Halal Dimsum
Florida Hotel - Chabura Dimsum = 92 THB (Grab)
Total makan (Dimsum + roti banana chocolate + martaba ayam) = lebih kurang 400THB
Kedai ni buka pukul 6 pagi. Jadi kalau datang awal sikit pilihan dimsum lagi banyak lah kot. Masa kami sampai banyak ja lagi, tapi tak la full dekat kaunter dia. Manusia yes, agak ramai. Satu mangkuk dimsum 15THB. Kami ambil tak banyak pun sebab cuma nak rasa. Rasa yang berbaloi untuk cuba. Sedap! Roti banana tu pun sedaaap! Sebab kulit luar (macam roti canai) agak crunchy, dan manis chocolate + susu pekat dengan pisang tu memang nice bagi aku. Martaba ayam agak berminyak, dan rasa cuma biasa.
Tamrab Muslim Restaurant
Habis dimsum, terus kami shoot pi cari the real makanan berat iaitu nasi. Kat sini kami beli nasi kerabu. Ada jugak nasi dagang. Dah lama aku tak dapat nasi kerabu dengan daging bakar. Sedaapp. Dengan benda-benda atas nasi kerabu semua lengkap sedap, pedas. Kawan aku yang first time makan nasi kerabu pun kata not bad. Yang terkejutnya sebab makanan sini murah.
Total nasi kerabu lima pinggan + air kosong tiga botol = 260THB only
Compare lah dengan harga makanan lain yang kami makan baru nampak murah dia macam mana.
Tamrab Muslim Restaurant - Lee Garden = 80 THB (tuk-tuk)
Lee Garden
Dekat Lee Garden ni kami cuma shopping. Kawan-kawan aku beli passport cover kat sini. Aku dah beli kat floating market tadi, ingat? Lepastu baru jumpa makanan kering kat sini macam kerepek, asam, kekacang etc. Duit aku dah tinggal sikit dah jadi mampu beli sikit ja makanan. Bagi keluarga besar macam aku, nak beli souvenir berbentuk barangan agak pricey sebab ramai. Jadi termudah adalah beli makanan. Tu pun mampu beli sikit ja. Kat kawan-kawan tak beli apa-apa pun.
Maaf ya semua T_T
Kai Tod Decha'
Walaupun dah sarapan dan lunch, kami tetap nak singgah Kai Tod Decha' ni sebab nak rasa teh buih padu dia. Nampak orang yang dah datang recommend tempat ni, jadi kita harus try dah alang-alang sampai. Rasa memang sedap! Cuma service agak lambat sebab ramai. Kami sendiri kena beratur sebelum dapat meja, tambah pulak sampai masa peak hour.
Pulut ayam + ayam goreng + sotong telur goreng + air teh buih + air kosong = 770THB
Anyway, by this time memang kami dah tak sempat nak kejar kereta api 1pm tu. Malangnya train ke Padang Besar pun cuma ada satu tu ja untuk setiap hari. Jadi kami decide untuk balik dengan van (memang ada van yang ulang alik Padang Besar-Hatyai).
Kim Yeong Market
Lepas makan, dah alang-alang memang tak naik train, van pula tak rushing sebab ada banyak trip, jadi kami decide untuk sambung shopping perabis duit yang ada. Dekat Kim Yeong Market ni ada pakaian dan makanan jugak, cuma dia macam pasar basah sikit nak compare dengan Asean Market.
Bus Terminal 1
To be honest, naik train lagi best berbanding naik van. Kenapa?
First, van lebih berhimpit berbanding naik train.
Second, naik van terasa lagi jauh, mungkin sebab tak nampak pemandangan puas macam bila naik train.
Third, takda toilet in case of emergency.
Fourth, van hantar cuma sampai border. Lepastu kena naik taxi untuk ke ETS station.
Cuma sebab train ada satu trip ja (1pm) jadi van je lah pilihan yang ada.
Kim Yeong Market - Terminal = 19THB (Grab)
Hatyai Terminal 1 - border Padang Besar = 50THB/person (Van)
Border - ETS train station = 250 THB (Taxi)
ETS Padang Besar - Anak Bukit = RM5.20
Sampai rumah memang melepet letih dan rasa tak sihat sehari. Harini baru mampu update blog untuk share itinerary untuk rujukan kawan-kawan yang minta. Harap semua ni membantu sedikit sebanyak untuk you guys merancang percutian ke Hatyai.
Kami kumpul RM200 per person untuk cover hotel, transportation & makan (200 x 5 pax = RM1000) dan masih ada baki. Kiranya bila datang in group of five, sorang tak sampai RM200 pun kalau tak termasuk shopping. Duit shopping bawak sendiri-sendiri. Aku sendiri spent almost RM300 dekat shopping. So, siapa nak datang untuk short getaway dengan bajet rendah sangatlah boleh.
Cuma aku nasihatkan, jangan percaya orang kata bawak RM50 untuk shopping. Nanti sampai sini gelabah nak cari tempat tukar duit pasal tak cukup. Haha.
Oh ya, kalau tak bawa duit lebih, sini pun boleh withdraw pakai CIMB.
Okay ya semua. Selamat bercuti!
P/S: Semua gambar diambil menggunakan Huawei P9 #tibatiba #prouduser
aslm..sis akk nk tny blik awk naik van ke? mcm mn ye nk dptkn van tu..
ReplyDeletehai kak, boleh tau instagramnya nggak? aku dari indonesia.
ReplyDeletesis.. nak tye.. dekat hotel tu dia minta deposit or passport ye? tq
ReplyDeleteTerbaik dik, sis InshaAllah ke Hatyai 7-10Dec 2018 nih. Bertiga je, Sis, Lakiku & Anakku.
ReplyDeleteJom ke HATYAI dari KL 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDeleteJom ke HATYAI dari KL 13 – 16 Mac 2020 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Untuk full itinerary boleh ws di no 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDeletehttps://www.instagram.com/pakejmuslimtravel/?hl=en