>

Thursday, 15 November 2012

al-fatihah untuk Wan Mad

Harini 15 November 2012 genap 15tahun 1bulan 4hari arwah tokwan aku (Ahmad bin Salleh) meninggal dunia. Wan meninggal pada tarikh (11 Oktober 1997) iaitu sehari selepas bsday aku yang ke 4. Elok2 aku 4tahun la. Walaupun cuma 4taon masa yang aku sempat luangkan dengan wan, tolak hari2 yang tak dengan wan, kiranya memang betul2 sat jela aku dan jumpak wan, kenal wan, tapi ada la jugak benda2 yang aku still ingat walaupun tak banyak. Jom ikut aku masuk memory lane.

Kecik2 dulu kami semua tinggal dekat rumah wan dengan tok kat Sungai Daun. Maybe sebab masa tu ayah still belajar kat Johor, and tak beli rumah lagi sebab tu duduk rumah wan. So automatically kami mcm rapat gila la dengan wan dah nama pun dok sekali kan. Tahun 1996 baru ayah beli rumah kat Gurun. Tapi memang kerap balik kampong la sebab dekat.

Teringat dulu2 wan selalu beli kropok durian yang macam masuk angin tu lepas balik dari masjid. Aku slalu tak puas hati sebab aku rasa mcm kropok tu masuk angin, tapi aku still amik, makan and lupa nak bgtau yang aku tak suka benda tu. So hari2 wan ulang beli kropok yang sama. Dan hari2 aku tak puas hati, makan, lupa.

Dulu aku dengan abang kan geng, so kami slalu buat macam2 sama2. Conteng2 dinding rumah wan dengan crayon. Dinding papan. Isi air dalam tong apa benda ntah kat motor wan, konon2 nak tolong boh minyak la, kesian kat wan kan minyak habis. Geng yang baik hati sangat.

Hiss tak banyak yang aku ingat. Taktau dah nak cerita apa. Yang aku ingat sangat masa bday aku yang ke-4, malam tu kami sekeluarga balik rumah wan. Celebrate bday aku lah kot. Entahla. Family paksu pun ada jugak time tu. Kami main2 dalam bilik, main buaya katak. Dah letih2 main aku keluar pi kat geng orang2 tua kat ruang tamu. Dok sebelah ummi, aku tengok wan. Kaki wan patah sebab eksiden. Balut2 dengan kain putih. Terus aku tanya wan, “wan, bila wan nak mati?”

Sumpah soalan time tu memang keluar tulus dari hati yang memang nak tau bila wan akan meninggal sebab sayaaaaaanng sangat dengan wan, taknak wan meninggal. Spontan semua orang tua2 kat situ gelak dengar soalan aku. Unexpected gila punya soalan. Pastu wan tanya aku “cek nak wan mati bila?” sambil gelak. Aku pun geleng2. Pastu ummi cakap “kita mana tau bila nak mati..”. Sampai situ ja aku ingat.

Then aku ingat aku balik kampong, tok ada kat ruang tamu dok lap2 air mata. Then ayah pegang tangan aku bawak masuk bilik, tengok wan baring atas katil. Ayah bagitau wan dah meninggal. Aku pun angguk2 jela. Semua orang keliling wan. Ramai2 penuh rumah. Wan dah meninggal. Ya aku tau. Rasa mcm sedih, tapi entah. Pastu lupa terus kot. Baru 4taon masa tu. Nak ingat apa sangat. Dah besaq2 bila ummi ayah cerita balik baru aku ingat balik yang malam tu aku tanya wan bila nak meninggal, wan gelak dengan soalan aku, rupanya esok tu jenazah wan dah selamat dikebumikan.



Mati tu pasti. Cuma kita taktau bila. Wan pun taktau.

Tak banyak yang aku ingat pasal wan. Aku rasa mcm aku ingat, tapi bila nak tulis entah…aku pun taktau nak tulis apa. Maybe aku ingat suasana dulu2. Ingat sikit2. Macam ternampak2 wan. Bau wan! Yes, bau tu. Ingat sangat. Bau minyak atar tu aku suka gila. Singlet wan (wan panggil baju panas), lubang ulat kat badan wan, and kaki bucuk wan. Aargh…tak banyak sangat pun yang aku ingat. Yang aku tau wan ramai orang kenal, biasala orang2 kampung memang kenal2 kan. Dan wan mcm dihormati laa. Taktaula kenapa. Wan ketua kampong ka? Orang masjid? Entah.. aku pun taktau. Yang pasti wan memang dikenali dan dihormati ramai. Rindu…..kadang2 nangis sebab rindu wan..padahal aku tak ingat banyak sangat pun kenangan dengan wan…tak paham perasaan ni. Rindu. Al-fatihah. 


10/10/1997
taman ular, perlis

rumah wan. tak sure tahun.
*dicuri dari fb paksu*

pemandangan rumah wan dari rumah makngah. 2012 kot
*dicuri dari fb paksu*

*gambar wan takdak nak uplod sebab semua gambar hardcopy dan semuanya ada kat rumah*





No comments:

Post a Comment