esok dan masuk tahun baru bagi kalender Islam iaitu taon 1434H. tadi scroll down newsfeed Fb baru terbaca lantas teringat pasal ni. thanks kepada yang share =)
k, sempena tahun baru ni, jomla kita berhijrah. tak payah dok dari kota Mekah ke kota Madinah laa. tu crita lama. sekarang ni hijrah yang aku maksudkan ialah hijrah ke arah yang lebih baik. tak banyak pun takpa asalkan ada jugak ke arah positif. paling penting di mata Allah kita nampak baik. sampai bila nak buat2 tak nampak benda2 dosa yang kita buat?? sampai bila? hang patut bersyukur tau tak still hidup sampai sekarang. at least sekarang ni dan lagi nak tobat. kan? sekarang ni la aku cakap...sekarang jugak! nak tunggu bila lagi? sampai seru? palotak ang ecan! Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qasas :
memangla hidayah tu milik Allah, dan Allah akan bagi kat orang yang Dia nak bagi ja. tapi hang kena cari jugak. tak cari seolah-olah hang takmau. takkan takmau kot? takkan nak selamanya sesat? hm...
contoh macam kalau pompuan islam yang tak pakai tudung. ramai orang pakai tudung and dia nampak semua tu. tudung pun dok juai belambak kat pasaq malam tapi dia takmau pakai jugak. dia pilih untuk teruskan kejahilan. hidayah tu Allah dah bagi. lainla kalau dia dok dalam hutan or gua or whereve yang memang dia tak tau apa pasal aurat ni. haa....
hidayah ni kena cari, dan terus buat/amalkan apa yang dah nampak. bukan tunggu or buat2 tak nampak. kalau dok melangut tunggu hidayah mai sampai kiamat pun tak dapat pa. takkan nak tunggu tangan hang bergerak pi amik tudung pakai sendiri kot? hisss...bergurau sangat.... kalau dok tunggu cik hidayah jiran sebelah rumah aku boleh la kot sampai. tu pun kalau hang jemput. hehe *jangan marah dayah nah..melawak adik beradik..hehehee*
macam aku, aku nak kurus. hihi. dan aku nak rajin. dan aku nak sihat. dan pandai. malah lebih baik dan solehah. amin. tapi takda guna 'aku nak' tu kalau tak buat. so, buat. start. move 1 step forward. anda mampu mengubahnya. kalau malas, bilang satu dua tiga buat!!! then terus bangun and buat. ni cara kawan aku, Auni Ayuni, dok buat dulu, and memang berkesan. aku try gak kekadang and memang boleh jalan kat aku yang baloq liat ni. adakah anda lebih baloq liat dari aku? anda tentukan....
so, kat bawah ada 2 doa iaitu doa akhir tahun dan doa awal tahun. doa akhir tahun perlu dibaca 3x pada akhir waktu asar hari ni, dan doa awal tahun plak perlu dibaca 3x pada waktu maghrib hari ni iaitu awal Muharram 1434H. so, keep calm and baca doa, niat nak berubah dan berubahlah!
3x pada akhir waktu asar |
3x pada waktu maghrib |
aarghhh....awat panjang sangat aku tulis...tadi time esei nak pulak nganga setengah jam taktau nak tulis mende. bbbbrrr~ k lah..nak sambung study skit..tengah exam ni..boleh pulak aku mencuri masa yang memang sangat sikit sebab nak beletiaq kat diri sendiri, dan blog tercinta. dan post kat fb bagi semua orang baca. hihi. hope dapat manfaat sikit2..hope faham apa yang aku beletiaq kat atas tu k. sia2 aku tulis kalau orang tak paham satu habuk pun... T.T
No comments:
Post a Comment